Connect with us

Terkini

Semua jenis khitan kanak-kanak perempuan perlu diharamkan – Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak

Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak menyarankan semua jenis prosedur Female Genital Mutilation (FGM) atau berkhitan buat bayi dan kanak-kanak perempuan diharamkan di Malaysia.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Profesor Dr Dayang Anita Abdul Aziz.
  • Pakar itu, Profesor Dr Dayang Anita Abdul Aziz berkata hasil kajian dibuat beliau bersama pakar-pakar perubatan, pakar bidang agama Islam dan Undang-Undang dari pelbagai institusi mendapati tiada sebarang manfaat kesihatan daripada amalan khitan ke atas kanak-kanak perempuan sebaliknya prosedur tersebut ada risiko komplikasi yang sangat tinggi.
  • Amalan itu menyebabkan pendarahan, lebam dan trauma emosi  malah dari kajian sama mendapati 66 peratus golongan ibu merasa bimbang dengannya sementara 57.5 peratus ilmuan agama mengatakan ia tidak wajib dilakukan.
  • Amalan itu tiada dalam prosedur perubatan dan hanya menurut ‘ajaran’ doktor ‘senior’.
  • Wanita dewasa boleh melakukan prosedur itu sekiranya terdapat masalah di bahagian klitoris wanita yang mungkin menghalang individu tersebut dari mendapat kepuasan semasa berhubungan suami isteri.

KUALA LUMPUR – Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak menyarankan semua jenis prosedur Female Genital Mutilation (FGM) atau berkhitan buat bayi dan kanak-kanak perempuan diharamkan di Malaysia.

Pakar itu, Profesor Dr Dayang Anita Abdul Aziz berkata hasil kajian dibuat beliau bersama pakar-pakar perubatan, pakar bidang agama Islam dan Undang-Undang dari pelbagai institusi mendapati tiada sebarang manfaat kesihatan daripada amalan khitan ke atas kanak-kanak perempuan sebaliknya prosedur tersebut ada risiko komplikasi yang sangat tinggi.

Menurutnya, amalan itu menyebabkan pendarahan, lebam dan trauma emosi malah dari kajian sama mendapati 66 peratus golongan ibu merasa bimbang dengannya sementara 57.5 peratus ilmuan agama mengatakan ia tidak wajib dilakukan.

Beliau juga menegaskan amalan itu tiada dalam prosedur perubatan dan hanya diajar doktor ‘senior’.

Dr Dayang berkata, khitan bayi perempuan bukanlah untuk tujuan kebersihan seperti dianggap sesetengah ibu bapa kerana amalan itu berbeza dengan khatan kanak-kanak lelaki yang mana dapat memberi manfaat seperti kebersihan, menghalang dijangkiti penyakit  sexually transmitted diseases termasuk HIV, kanser penis.

Foreskin lelaki itu tutup kepala kemaluan jadi bila tidak tarik dengan habis atau tidak boleh tarik dengan habis ada kumpul smegma dalam itu, yang kotor itu tak boleh dibuat solat manakala untuk perempuan, smegma kalau ianya nak kumpul bukan di atas klitoris, kekotoran sebenarnya di bawah. 

“Di kawasan labia minora, kalau tengok baby lahir, mana tempat yang ada putih-putih atau vernix itulah tempat boleh kumpul kekotoran bukan di clitoral hood atau clitoris yang mereka nic atau snip itu. 

“Apa-apa pun yang kita buat masa baby ini dia tidak kekal hingga dewasa, saya bagi contohlah, ada bayi perempuan yang lahir dengan vagina sempit atau tiada vagina; dan saya repair masa dia baby. 

“Repair saya itu bukan exactly kekal cantik dari dia baby sehingga ke besar, masa dia nak period saya kena check semula jadi tak logik kalau masa baby kita buat FGM ini lepas itu kita kata ohh Ini sebab untuk kegunaan masa depan, ini tak logik dan tidak betul kefahamannya ,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, pada Rabu.

Dr Dayang berkata, wanita dewasa boleh melakukan prosedur itu sekiranya terdapat masalah di bahagian klitoris wanita yang mungkin menghalang individu tersebut dari mendapat kepuasan semasa berhubungan suami isteri.

Bagaimanapun, beliau meminta ibu bapa agar tidak melakukannya ke atas bayi perempuan mahupun meminta doktor melaksanakannya berikutan sehingga hari ini masih belum ada sebarang manfaat kesihatan yang boleh ditunjukkan ke atas bayi yang melakukan prosedur FGM.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan hasil kajiannya bersama rakan-rakan perubatan lain dapat dijelaskan dan dimasukkan dalam kursus perkahwinan yang dijalankan di negara ini.

“Kita tak boleh kata FGM mutilation hanya type 2 and 3, manakala type 1 dan 4 bukan mutilation. 

“Type 1 and 4 yang dibuat di Malaysia ini is part of FGM, itu klasifikasi dari World Health Organization…. saya paling pantang sekali bila ada doktor perubatan yang beritahu public type 1 or 4 is not FGM. 

“It is the same. Ada juga doktor yang nak buat syor prosedur khitan cara-cara prosedur lain yang disangka boleh lebih selamat. 

“Jadi ia dinamakan medicalised FGM, – kalau tengok website WHO, – hakikatnya  medicalised FGM adalah juga FGM” katanya yang juga merupakan Ketua Penyelidik ‘Kajian Rintis Knowledge, Attitude And Practice (KAP) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Ibu Bapa dan Golongan Profesional Terhadap Impak Kesihatan FGM’. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending