Connect with us

Terkini

Sediakan bajet kempen khas perangi vape dadah

Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) mencadangkan kerajaan supaya menyediakan bajet khas bagi menggerakkan kempen perangi vape perisa dadah secara besar-besaran pada tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Sediakan bajet kempen khas perangi vape dadah
Foto: Logo Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).
  • Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) mencadangkan kerajaan menyediakan bajet khas bagi menggerakkan kempen perangi vape perisa dadah secara besar-besaran.
  • Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, sudah sampai waktunya kerajaan memandang lebih serius berhubung masalah vape tidak berdaftar yang semakin menular di kalangan pelajar sekolah melibatkan perisa dadah.
  • “Kejayaan kempen ini di negara jiran boleh dilaksanakan di negara ini dan dipercayai memberikan impak positif dalam usaha mencegah peningkatan bilangan pengguna baharu bahan terlarang atau pengguna bahan terlarang berulang pada tahun ini dan seterusnya.

SHAH ALAM – Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) mencadangkan kerajaan supaya menyediakan bajet khas bagi menggerakkan kempen perangi vape perisa dadah secara besar-besaran pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata, sudah sampai waktunya kerajaan memandang lebih serius berhubung masalah vape tidak berdaftar yang semakin menular di kalangan pelajar sekolah melibatkan perisa dadah.

Ujarnya, vape tersebut menyukarkan pihak berwajib melaksanakan aktiviti penguatkuasaan kerana tiadanya perundangan yang jelas dan nyata mengenainya.

“Kejayaan kempen ini di negara Singapura telah menyaksikan penurunan secara mendadak kes penagihan baru atau berulang penggunaan bahan terlarang dalam kalangan etnik Melayu.

“Kejayaan kempen ini di negara jiran boleh dilaksanakan di negara ini dan dipercayai memberikan impak positif dalam usaha mencegah peningkatan bilangan pengguna baharu bahan terlarang atau pengguna bahan terlarang berulang pada tahun ini dan seterusnya.

“Kempen ini juga mampu menembusi kawasan akar umbi termasuk kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara yang sering menjadi sasaran sebilangan besar tokan dadah untuk tujuan jualan bahan larangan seperti dadah dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Raja Azizan berkata, MASAC sebagai badan berkepentingan dalam permasalahan itu bersedia membantu kerajaan bagi merealisasikan usaha berkenaan.

“MASAC juga bersedia menjadi rakan strategik kerajaan dari sudut pengalaman dan jaringan bersama puluhan ribu bekas pengguna bahan terlarang termasuk yang tiada rekod hukuman atau tangkapan jenayah bahan terlarang yang bersama MASAC untuk merealisasikan idea-idea ini.

“Namun, pastinya sedikit pengumuman bajet khas kepada MASAC dan dipantau penggunaan dana tahunan ini kepada MASAC oleh Jabatan Audit Negara (JAN) mampu memberikan sumber yang diperlukan untuk bersama Kerajaan Madani kini berusaha menangani permasalahan penggunaan bahan terlarang oleh bukan sahaja rakyat Malaysia malahan pekerja asing yang ada di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, MASAC turut mempelawa orang ramai untuk menghubungi Helpline di talian 017-3226380 yang beroperasi tujuh hari seminggu dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta bantuan lanjut tentang salah guna bahan terlarang di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending