Connect with us

Terkini

Peringatan larangan sertai ritual agama lain ditujukan untuk Muslim sahaja – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan peringatan beliau sebelum ini agar umat Islam tidak menyertai ritual agama lain adalah ditujukan kepada penganut agama Islam sahaja.

Published

on

Peringatan larangan sertai ritual agama lain ditujukan untuk Muslim sahaja - Menteri Agama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menjelaskan peringatan beliau sebelum ini agar umat Islam tidak menyertai ritual agama lain adalah ditujukan kepada penganut agama Islam sahaja.
  • Peringatan ataupun nasihat itu tidak terpakai untuk bukan Islam kerana ia (kenyataan) tidak merujuk kepada mereka.
  • “Tiada masalah (hendak berinteraksi dengan orang bukan Islam). Cuma apa yang disebutkan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah ialah berkenaan isu penyertaan orang Islam dalam perayaan yang berbentuk ritual. 
  • “Di situ saya ingat dan saya ada sebut berkaitan had tertentu tetapi tidak menjadi masalah untuk orang Islam berinteraksi bersama dengan masyarakat orang bukan Islam. Itu penting sebab itu asas untuk kita bina perpaduan dan kesejahteraan,” katanya.

KAJANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan peringatan beliau sebelum ini agar umat Islam tidak menyertai ritual agama lain adalah ditujukan kepada penganut agama Islam sahaja.

Beliau berkata, peringatan ataupun nasihat itu tidak terpakai untuk bukan Islam kerana ia (kenyataan) tidak merujuk kepada mereka.

Beliau juga menegaskan nasihat diberikannya itu merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini.

“Tiada masalah (hendak berinteraksi dengan orang bukan Islam). Cuma apa yang disebutkan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah ialah berkenaan isu penyertaan orang Islam dalam perayaan yang berbentuk ritual. 

“Di situ saya ingat dan saya ada sebut berkaitan had tertentu tetapi tidak menjadi masalah untuk orang Islam berinteraksi bersama dengan masyarakat orang bukan Islam. 

Foto: Menteri Agama ketika sesi soal jawab bersama media selepas Majlis Pelancaran

Foto: Menteri Agama, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sesi soal jawab bersama media selepas Majlis Pelancaran InFAZ 2023

“Itu penting sebab itu asas untuk kita bina perpaduan dan kesejahteraan,” katanya kepada The Merdeka Times pada Sidang Media International Conference on Professional Huffaz (InFAZ) 2023 di sini, semalam ketika diminta mengulas berhubung sindiran Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan terhadapnya berkaitan perayaan Thaipusam baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata beliau menerima perbezaan pandangan (M Saravanan) kerana baginya setiap individu mempunyai pendapat peribadi.

Terdahulu, media melaporkan M Saravanan mengeluarkan kenyataan bersifat sindiran terhadap Naim Mokhtar dalam kedua-dua hantaran di Facebook dan Twitternya.

Sindiran itu dibuat sebagai reaksi kepada peringatan Mohd Na’im selaku menteri agama yang menasihatkan umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam yang diraikan pada Ahad lalu kerana ia merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Katanya, peringatan itu berpandukan kepada ketetapan panduan dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

Susulan itu, umat Islam dilarang daripada terlibat menyertai apa-apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author