Connect with us

Terkini

Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan berbanding Selangor

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesyorkan Khairy Jamaluddin bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan kerana peluangnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar lebih cerah berbanding di Selangor atau negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan berbanding Selangor
Foto: Khairy Jamaluddin (kiri) & Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun
  • Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesyorkan Khairy Jamaluddin bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan kerana peluangnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar lebih cerah berbanding di Selangor atau negeri ini.
  • Mengulas kenyataan Ketua Angkatan Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang yakin Khairy boleh diangkat menjadi Menteri Besar jika menyertai BERSATU dan menang PRN, beliau berkata, peluang bekas Ketua Pemuda UMNO itu lebih terbuka di Kelantan.
  • Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menguasai Negeri Sembilan atau Selangor jika Khairy atau KJ bertanding mewakili BERSATU dan gabungan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

 

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesyorkan Khairy Jamaluddin bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan kerana peluangnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar lebih cerah berbanding di Selangor atau negeri ini.

Mengulas kenyataan Ketua Angkatan Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang yakin Khairy boleh diangkat menjadi Menteri Besar jika menyertai BERSATU dan menang PRN, beliau berkata, peluang bekas Ketua Pemuda UMNO itu lebih terbuka di Kelantan.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menguasai Negeri Sembilan atau Selangor jika Khairy atau KJ bertanding mewakili BERSATU dan gabungan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Katanya lagi, berdasarkan kebolehan dan populariti, Khairy juga boleh diangkat menjadi Menteri Besar andai menang kerusi ditandinginya di mana-mana satu daripada dua negeri terbabit jika berjaya ditawan PN.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan Khairy yang dipecat UMNO bulan lalu, menyatakan minat bertanding PRN di Selangor dengan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang, namun tidak mendedahkan parti politik mana menawarkan jawatan itu.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini hari ini, berkata Wan Ahmad Fayshal sebagai wakil rakyat di Kelantan boleh mencadangkan Khairy bertanding PRN di negeri berkenaan.

“Wan Ahmad Fayhsal (Ahli Parlimen di Kelantan), kalau Khairy bertanding di Kelantan lagi baik, boleh jadi Menteri Besar Kelantan. Jadi, Wan Ahmad Fayhsal cadangkanlah supaya (Khairy) bertanding di Kelantan, di sana ada lebih peluang.

“Saya rasa di Kelantan, (KJ) ada peluang yang lebih terbuka luas, sebab yang cadangkan pun orang Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, PH Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah sekiranya bekas Ahli Parlimen Rembau itu berhasrat bertanding di negeri ini pada PRN akan datang.

Katanya, demokrasi harus diraikan dengan sebaiknya dan dalam hal itu, terpulang kepada tuan punya badan untuk membuat keputusan.

“Saya dapat tahu Selangor ada membuat tawaran kepada KJ untuk bertanding di negeri itu pada PRN akan datang dan dia pun kata seronok hendak bertanding di Selangor. Dia tak cakap nak bertanding di Negeri Sembilan, walaupun banyak cakap-cakap dia akan bertanding di Negeri Sembilan.

“Dia sendiri tak beri respon, terpulanglah kat dia. Ini negeri demokrasi, kita raikan, semua akan cakap dia boleh menang (PRN), itu politik yang saya selalu cakap, kalau tanya saya pun, saya kata boleh menang,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending