Connect with us

Antarabangsa

Parti politik Thailand dilarang guna aplikasi Tiktok sebar ucapan kebencian

Parti-parti politik di Thailand tidak dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok bagi menyebarkan berita palsu, lapor laman berita The Nation Thailand semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Parti politik Thailand dilarang guna aplikasi Tiktok sebar ucapan kebencian
Foto: Ketua Dasar Awam TikTok Thailand, Chanida Klyphun (tengah).
  • Syarikat aplikasi itu melindungi para pengguna TikTok daripada ucapan kebencian dan berat sebelah yang dicetuskan oleh konflik politik. – Ketua Dasar Awam TikTok Thailand, Chanida Klyphun 
  • “Syarikat itu telah menetapkan prosedur untuk menghalang parti politik daripada menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan berita palsu, membina sokongan atau keuntungan daripada pengiklanan.”
  • Ujarnya, jika kandungan itu dicipta oleh kelab peminat parti politik, TikTok tidak akan mengharamkannya kerana platform itu menghormati kebebasan bersuara.
  • Platform itu juga merancang untuk melancarkan ‘pusat pilihan raya’ sebulan sebelum kempen politik bermula. 

BANGKOK – Parti-parti politik di Thailand tidak dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok bagi menyebarkan berita palsu, lapor laman berita The Nation Thailand semalam.

Chanida Klyphun iaitu Ketua Dasar Awam TikTok Thailand, memberitahu pemberita semalam bahawa TikTok adalah platform hiburan.

Justeru katanya, syarikat aplikasi tersebut melindungi para pengguna TikTok daripada ucapan kebencian dan berat sebelah yang dicetuskan oleh konflik politik.

Beliau menambah, syarikat itu telah menetapkan prosedur untuk menghalang parti politik daripada menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan berita palsu, membina sokongan atau keuntungan daripada pengiklanan.

 

Bagaimanapun, katanya, jika kandungan itu dicipta oleh kelab peminat parti politik, TikTok tidak akan mengharamkannya kerana platform itu menghormati kebebasan bersuara.

Platform itu juga merancang untuk melancarkan ‘pusat pilihan raya’ sebulan sebelum kempen politik bermula. 

Ia akan membantu para pengguna mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai tentang proses pengundian, calon dan topik lain yang berkaitan.

“Selepas pilihan raya di Malaysia dan Filipina, kami mengetahui bahawa orang ramai tidak mengetahui medium dan langkah ini. Jadi, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai menjelang pilihan raya Thailand,” kata Chanida. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *