Terkini
Masalah penyelenggaraan jalan antara isu utama dibangkitkan Majlis Dialog Belanjawan 2023
Masalah penyelenggaraan jalan antara isu utama dibangkitkan dalam sesi jelajah Majlis Dialog Belanjawan 2023 di kebanyakan negeri.
- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penyelenggaraan jalan Persekutuan perlu diberi tumpuan dalam belanjawan yang akan dibentangkan 24 Februari ini.
- “Jalan Persekutuan kurang diselenggara dan ini antara perkara utama ditimbulkan pihak yang bertanya termasuk EXCO kerajaan negeri. Kita harap Kementerian Kerja Raya beri tumpuan terhadap perkara ini.”
- “Ada masa lagi untuk beri peruntukan yang dimohon, contohnya bagi Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dan Jalan Tapah-Ringlet. Jalan Persekutuan itu kurang diberi tumpuan,” katanya.
IPOH: Masalah penyelenggaraan jalan antara isu utama dibangkitkan dalam sesi jelajah Majlis Dialog Belanjawan 2023 di kebanyakan negeri.
Justeru, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penyelenggaraan jalan Persekutuan perlu diberi tumpuan dalam belanjawan yang akan dibentangkan 24 Februari ini.
Bagi jalan negeri dan jalan kampung, katanya, peruntukan bagi tujuan itu agak mencukupi, masing-masing disalurkan melalui Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Jalan Persekutuan kurang diselenggara dan ini antara perkara utama ditimbulkan pihak yang bertanya termasuk EXCO kerajaan negeri. Kita harap Kementerian Kerja Raya beri tumpuan terhadap perkara ini.
“Ada masa lagi untuk beri peruntukan yang dimohon, contohnya bagi Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dan Jalan Tapah-Ringlet. Jalan Persekutuan itu kurang diberi tumpuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 yang terakhir di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Selain itu, Ahmad berkata manfaat kepada masyarakat Orang Asli juga antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi dialog itu, meliputi kaedah meningkatkan bantuan perumahan kepada golongan terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, tiada cukai baharu, kenaikan siling hutang daripada 55 kepada 65 peratus serta peningkatan khidmat hutang kepada 15 peratus berbanding sembilan hingga 10 peratus daripada belanjawan tahunan, antara faktor peningkatan hutang negara kini mencecah RM1.5 trilion.
Katanya, semua keadaan itu susulan impak pandemik COVID-19 yang menyaksikan peningkatan hutang berbanding RM686 bilion ditinggalkan semasa era kejatuhan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
“Antara punca hutang negara tinggi adalah kita tidak kenakan cukai baharu ketika COVID-19 melanda. Oleh itu, kita naikkan siling hutang sebanyak dua kali sebagai kaedah menambah peruntukan kerajaan yang mana kenaikan itu turut bererti hutang kerajaan juga bertambah.
“Pertambahan hutang negara tidak boleh dibiar berterusan sebab ia akan memberi beban kepada generasi akan datang.
“Khidmat hutang pula yang sudah meningkat kepada 15 peratus bererti akan memakan (memotong) belanja lagi lima peratus daripada keseluruhan belanjawan yang sepatutnya diberi kepada rakyat membabitkan jumlah berbilion ringgit,” katanya.
Mengenai saranan beberapa pihak berhubung pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ahmad berkata, kerajana masih belum ada keputusan mengenainya.
“Saya tahu bahawa ini (pengenalan semula GST) adalah antara tumpuan persoalan, kita tunggulah apabila Dewan Rakyat bersidang nanti. Soalan mengenai GST, saya lihat ramai Ahli Parlimen ada soalan dan setakat ini saya hanya boleh menyatakan, belum ada keputusan mengenainya,” katanya.
Katanya, kerajaan akan sentiasa mencari idea baharu bagi menambah pendapatan negara termasuk dalam memenuhi kehendak serta keperluan rakyat.
“Kita ingin kurangkan hutang negara dan pada masa sama, kehendak rakyat melalui pelbagai tuntutan dan permohonan tidak pernah berkurang, sentiasa bertambah. Jadi kena ada kaedah bagaimana kita hendak penuhi tuntutan rakyat yang tiada had ini dengan pendapatan (negara) yang ada had,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Sebarang peruntukan APSB perlu patuhi Perkara 13 Perlembagaan, jamin hak asasi pemilik
Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
- Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
- Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.
- Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.
- “Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.
- “Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.
KUALA LUMPUR —- Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.
“Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.
“Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.
Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) pada 2023 dilaporkan menentang penetapan “ambang persetujuan” selain daripada persetujuan 100 peratus kerana berpendirian sebarang pembangunan semula, pemerkasaan atau pelan pembaharuan mestilah mendapat kebenaran semua pemilik harta ekoran setiap daripada mereka mempunyai hak dan kepentingan dalam pembaharuan semula bandar.
Setiausaha Agung Kehormat HBA, Datuk Chang Kim Loong dalam satu rencana dilaporkan berkata, meneruskan “ambang persetujuan” (selain 100 peratus persetujuan pemilik), atau lebih dikenali sebagai “jualan en-blok” dengan sebarang kadar undian majoriti akan menafikan hak pemilik rumah tertentu ke atas hartanah mereka.
Beliau berkata undang-undang pembangunan semula tersebut secara terang-terangan melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan (hak memiliki harta) dan sebarang kelulusan undang-undang seperti itu adalah tidak sah.
Rencana bertarikh Oktober 2023 itu ditulis sebagai reaksi kepada laporan yang menyatakan Akta Pembaharuan Bandar akan dibentang tahun ini (2024).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dipetik berkata kementeriannya akan menjalankan “analisa impak perundangan” sebelum mencadangkan kadar baharu terhadap “ambang persetujuan (consent threshold)” yang kini memerlukan persetujuan 100 peratus daripada pemilik strata sebelum pembaharuan bandar dibenarkan.
Terbaharu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 10 September lalu dilaporkan bersetuju menggubal akta itu yang dikatakan akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kelestarian dalam pembangunan bandar.
Kor Ming berkata kementeriannya bercadang mewujudkan ambang persetujuan 80 peratus kepada bangunan yang berusia kurang dari 30 tahun dan 75 peratus kepada bangunan berusia lebih dari 30 tahun.
Bagi bangunan yang tidak lagi selamat untuk didiami dan bangunan terbengkalai, KPKT bercadang untuk mewujudkan ambang persetujuan 5l peratus sahaja supaya dapat mempercepat proses pembaharuan bangunan terbabit.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menyifatkan cadangan menurunkan ambang persetujuan penduduk adalah cubaan untuk melakukan ‘paksaan’.
“Saya tengok akta itu cara dia nak ambil cara paksalah kan katalah kalau majoriti owner itu setuju nak jual tapi ada orang tak nak jual jadi dia nak jadikan mungkin undi majoriti itu menyebabkan pemaju boleh acquire.
“Saya berpandangan sebarang bentuk pengambilan harta orang cara paksaan ini mesti melalui Akta Pengambilan Tanah perlu melalui Perkara 13 (Perlembagaan),” katanya. — The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Terkini16 hours ago
Gubal APSB dengan teliti, Elak penganiayaan pemilik tanah terutama miskin bandar – NGO
-
Antarabangsa4 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP