Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB kutuk rejim Israel meluaskan penempatan di Tebing Barat

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat julung kalinya mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk rancangan Israel untuk meluaskan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Keselamatan PBB kutuk rejim Israel meluaskan penempatan di Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia merupakan tindakan pertama diambil badan itu dan dibenarkan oleh Amerika Syarikat (AS), terhadap sekutu rapatnya, Israel sejak enam tahun lalu.
  • “Majlis Keselamatan PBB sekali lagi menegaskan bahawa dengan meneruskan aktiviti penempatan haram Israel akan menimbulkan risiko terhadap huraian dua negara berdasarkan perjanjian 1967,” menurut majlis tersebut dalam satu kenyataan.
  • “Majlis Keselamatan amat prihatin dan hampa dengan pengumuman Israel pada 12 Februari.”

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat julung kalinya mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk rancangan Israel untuk meluaskan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

Ia adalah tindakan pertama yang diambil badan itu dan dibenarkan oleh Amerika Syarikat (AS), terhadap sekutu rapatnya, Israel sejak enam tahun lalu, lapor Reuters.

Sokongan Washington bagi kenyataan presiden – tindakan yang perlu dipersetujui sebulat suara oleh ahli majlis seramai 15 anggota itu – diperolehi selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan ia tidak akan mengemukakan draf resolusi yang lebih tegas mengenai isu tersebut untuk pengundian, satu langkah yang boleh mendorong AS menggunakan kuasa veto.

“Majlis Keselamatan PBB sekali lagi menegaskan bahawa dengan meneruskan aktiviti penempatan haram Israel akan menimbulkan risiko terhadap huraian dua negara berdasarkan perjanjian 1967,” menurut majlis tersebut dalam satu kenyataan.

“Majlis Keselamatan amat prihatin dan hampa dengan pengumuman Israel pada 12 Februari.”

Sebaliknya, draf resolusi yang dilihat Reuters, menuntut Israel “serta-merta menghentikan segala aktiviti petempatan di wilayah Palestin yang didudukinya”.

Ketetapan itu memerlukan sembilan undi menyokong dan tiada tindakan veto oleh AS, Russia, China, Perancis atau Britain untuk ditetapkan.

Pemerintah gabungan nasionalis Israel pada 12 Februari lalu memberi kelulusan kepada sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat, mencetuskan kemarahan warga Palestin, dengan lima sekutu utama Israel — Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali dan United Kingdom mengeluarkan kenyataan bersama yang mengecam aktiviti penempatan itu

UAE memberitahu rakan Majlis Keselamatan kelmarin (19 Februari lalu) bahawa ia tidak akan mengundi bagi draf resolusi itu semalam, “memandangkan terdapat perbincangan positif antara pihak terbabit”.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kemudian berkata, Israel tidak akan meluluskan penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki pada beberapa bulan akan datang.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, memberitahu Majlis Keselamatan, negara itu tidak bersetuju dengan rancangan penempatan Israel yang diumumkan pada 12 Februari lalu.

“Langkah-langkah sehala ini meningkatkan ketegangan. Ia menghakis kepercayaan antara pihak-pihak terbabit. Ia menjejas prospek bagi huraian dua negara yang dirundingkan. AS tidak menyokong tindakan tersebut noktah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending