Connect with us

Terkini

MAIS ambil tindakan pihak guna logo tanpa kebenaran

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo pihak berkuasa agama itu dengan sewenang-wenangnya.

Wartawan TMT

Published

on

MAIS ambil tindakan pihak guna logo tanpa kebenaran
Foto: Dr Ahmad Shahir Makhtar.
  • Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, tindakan sama dilakukan kepada yang palsukan dokumen melibatkan MAIS  tujuan menyalahi undang-undang dan kelirukan orang ramai. 
  • Perkara itu susulan aduan dari sebuah syarikat swasta laporkan terima pesanan pembelian (PO) dan invois gunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan dapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.
  • “Laporan polis akan dibuat agar tindakan undang-undang diambil terhadap pihak melakukan jenayah pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.”
  • “MAIS melihat perbuatan pemalsuan dokumen ini jenayah serius kerana ia jejaskan imej dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik pada umat Islam khususnya di Selangor,” katanya.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo pihak berkuasa agama itu dengan sewenang-wenangnya.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, tindakan sama juga dilakukan kepada mereka yang memalsukan dokumen melibatkan MAIS untuk tujuan menyalahi undang-undang dan mengelirukan orang ramai.

Menurutnya, perkara itu susulan aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian (PO) dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.

“Hasil semakan kedua-dua dokumen ini didapati palsu dan MAIS tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan serta tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, MAIS kesal dan memandang serius insiden pemalsuan dokumen dengan menggunakan logo MAIS.

Katanya, laporan polis juga akan dibuat agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak melakukan jenayah pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.

“MAIS melihat perbuatan pemalsuan dokumen ini jenayah serius kerana ia menjejaskan imej dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam khususnya di Selangor,” kata beliau.

Ahmad Shahir memberitahu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan oleh mana-mana pihak menggunakan nama MAIS untuk tujuan mendapatkan sumbangan dan apa-apa kepentingan lain.

“Jika terdapat perkara yang meragukan, orang awam boleh mendapatkan pengesahan daripada MAIS dan merujuk melalui talian 03-5515 3400 atau emelkan terus ke [email protected],” jelas beliau.

Sumber: Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/245620/edisi/selangor-kl/mais-ambil-tindakan-pihak-guna-logo-palsu-dokumen

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending