Terkini
Segera tubuh jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam
Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat persekutuan untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

- Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat persekutuan untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Gesaan itu dibuat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk pindaan terhadap Perlembgaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan bidang kuasa jenayah syariah negeri.
- Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal lslam Malaysia (MKl) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini.
SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat persekutuan untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Gesaan itu dibuat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan bidang kuasa jenayah syariah negeri.
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal lslam Malaysia (MKl) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini.
“MAIS sentiasa komited untuk memperkasakan perundangan Islam di Selangor. Justeru, MAIS menyatakan komitmen dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar melibatkan Majlis Agama Islam Negeri termasuk MAIS untuk bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.
“Penubuhannya itu penting untuk memastikan tindakan menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang lslam demi menjaga kedudukan agama lslam sebagai agama persekutuan dan agama negeri,” katanya di sini hari ini.
Abdul Aziz turut menegaskan, MAIS turut menzahirkan kebimbangan berhubung gerakan pihak tertentu yang secara halus cuba menjejaskan kedudukan agama lslam sebagai agama negeri dan agama persekutuan melalui proses litigasi mahkamah.
Ujar beliau, ini termasuk mempertikai bidang kuasa negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang Islam yang telah diamalkan dan dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia sebelum pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
“MAIS menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan berhubung permohonan kes Nik Elin dalam membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
“Namun, MAIS berpendirian bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti kes lki Putra dan Nik Elin ini berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa negeri berhubung dengan agama lslam,” katanya.
Sumber: Kosmo
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas