Connect with us

Terkini

MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah, Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 September lalu.

Wartawan TMT

Published

on

MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Foto: Pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi Haroon.
  • Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tarik balik tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada pendakwah, Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 September lalu.
  • Perkara itu didedahkan pendakwah berkenaan atau nama penuhnya Abdullah Khairi Haroon menerusi hantaran di akaun media sosialnya, semalam. 
  • Berdasarkan surat itu, penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Mais yang bersidang pada 27 September lalu.
  • Surat itu tidak menyatakan alasan tempoh tauliah mengajar beliau yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu, ditarik balik.

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah, Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 September lalu.

Perkara itu didedahkan oleh pendakwah berkenaan atau nama penuhnya Abdullah Khairi Haroon menerusi hantaran di akaun media sosialnya, semalam. 

Dalam hantaran itu, pendakwah berkenaan memuat naik surat dihantar oleh pihak MAIS memaklumkan perkara terbabit yang bertarikh 3 Oktober lalu. 

Berdasarkan surat itu, penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Mais yang bersidang pada 27 September lalu.

Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan alasan tempoh tauliah mengajar beliau yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu, ditarik balik.

Surat itu ada menjelaskan bahawa beliau boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS kepada MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan. 

“Alhamdulillah! Ala kuli halin…Selangor dah bye bye …!!,” tulis Abdullah Khairi dalam hantaran di media sosial. 

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending