Terkini
MAIPs dibenar mencelah isu anak Loh, peguam sifatkan sebagai ‘keadilan yang tertunda’
Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mencelah dalam kes anak-anak Loh Siew Hong disifatkan sebagai ‘keadilan yang tertunda’.
- Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) untuk mencelah dalam kes melibatkan anak-anak mualaf Loh Siew Hong disifatkan sebagai ‘keadilan yang tertunda’.
- Peguam MAIPs, Aidil Khalid, berkata, satu per satu kekhilafan penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini didedahkan dan dihujahkan panjang lebar, berserta hujah-hujah lanjut mengapa MAIPs wajar dibenarkan mencelah.
- Hujahan selama dua jam dilaksanakan Tuan Hj Haniff Khatri, yang mengetuai pasukan peguam MAIPs, pada hari ini, di Mahkamah Rayuan.
- “Alhamdulillah, selepas dua jam lebih penghujahan, ketiga-tiga panel rayuan yang terdiri daripada Yang Arif Dato’ Has Zanah, Yang Arif Datuk See Mee Chun dan Yang Arif Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali — telah kesemuanya sebulat suara memutuskan MAIPs ada hak mencelah di bawah Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).
KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mencelah dalam kes anak-anak Loh Siew Hong disifatkan sebagai ‘keadilan yang tertunda’.
Peguam MAIPs, Aidil Khalid, berkata, satu per satu kekhilafan penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini didedahkan dan dihujahkan panjang lebar, berserta hujah-hujah lanjut mengapa MAIPs wajar dibenarkan mencelah.
Hujahan selama dua jam dilaksanakan Tuan Hj Haniff Khatri, yang mengetuai pasukan peguam MAIPs, pada hari ini, di Mahkamah Rayuan.
“Alhamdulillah, selepas dua jam lebih penghujahan, ketiga-tiga panel rayuan yang terdiri daripada Yang Arif Dato’ Has Zanah, Yang Arif Datuk See Mee Chun dan Yang Arif Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali — telah kesemuanya sebulat suara memutuskan MAIPs ada hak mencelah di bawah Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).
“Untuk rekod, MAIPs sebelum ini menegaskan tidak berhasrat atau berniat merampas hak jagaan kanak-kanak mualaf itu, sebaliknya sekadar hendak memberikan bantuan dari sudut pantauan, panduan dan pendidikan agama serta bantuan-bantuan kewangan termasuk zakat dan lain-lain,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Aidil turut berkata, sebelum ini di peringkat Mahkamah Tinggi, Yang Arif Evrol Mariette Peters telah menolak permohonan MAIPs untuk mencelah dalam kes terbabit.
Bagaimanapun, katanya, MAIPs tidak pernah melupakan nasib dan hak anak-anak mualaf itu, kerana dalam Islam setiap anak mualaf berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan.
Susulan itu, beliau berkata rayuan tersebut difailkan ke Mahkamah Rayuan bagi mencabar keputusan Yang Arif Evrol sebelum ini.
Pada 15 Jun 2022, media melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Evrol Mariette Peters menolak permohonan MAIPs untuk mendapatkan kebenaran menukar perintah hak penjagaan tiga beradik itu selepas mendapati MAIPS gagal menunjukkan bahawa mereka adalah pihak berkepentingan dalam hidup kanak-kanak terbabit.
Terdahulu, bekas suami Siew Hong, Muhammad Nagahswaran Muniandy dilaporkan telah menukarkan agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam di Perlis tanpa kebenaran dan pengetahuannya.
Media juga melaporkan, tiga beradik itu yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diserahkan kepada Siew Hong selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
Siew Hong juga memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penukaran agama anaknya kepada agama Islam yang didakwa dilakukan bekas suaminya tanpa persetujuan beliau. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Aidil Khalid
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina