Connect with us

Terkini

MAIPs bertanggungjawab bimbing tiga anak mualaf belajar agama Islam – Peguam

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong, untuk mempelajari agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

MAIPs bertanggungjawab bimbing tiga anak mualaf belajar agama Islam - Peguam
Foto: Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong, untuk mempelajari agama Islam.
  • Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata MAIPs mempunyai tanggungjawab statutori di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terbabit dipelihara termasuk bantuan dibenarkan syarak yang boleh disalur melalui mana-mana penjaga sah mereka. 
  • Beliau berkata Loh dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, juga tidak mampu memberikan anak-anak mereka asas pendidikan agama Islam dengan baik.
  • “Loh tidak mampu untuk mendidik dan mengajar asas pendidikan agama Islam kerana wanita itu mengamalkan agama Hindu dan Buddha.
  • “Muhammad Nagahswaran juga masih belum mampu membimbing tiga anaknya mengenai Rukun Islam dengan baik kerana beliau adalah mualaf dan memeluk Islam pada 7 Julai 2020, sama seperti anak-anaknya,” kata peguam itu ketika berhujah di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz. 

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertanggungjawab membimbing serta mendidik tiga kanak-kanak mualaf yang berada di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong, untuk mempelajari agama Islam.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata MAIPs mempunyai tanggungjawab statutori di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terbabit dipelihara termasuk bantuan dibenarkan syarak yang boleh disalur melalui mana-mana penjaga sah mereka. 

Beliau berkata Loh dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, juga tidak mampu memberikan anak-anak mereka asas pendidikan agama Islam dengan baik.

“Loh tidak mampu untuk mendidik dan mengajar asas pendidikan agama Islam kerana wanita itu mengamalkan agama Hindu dan Buddha.

“Muhammad Nagahswaran juga masih belum mampu membimbing tiga anaknya mengenai Rukun Islam dengan baik kerana beliau adalah mualaf dan memeluk Islam pada 7 Julai 2020, sama seperti anak-anaknya,” kata peguam itu ketika berhujah di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz. 

MAIPs memohon perintah variasi bagi menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak terbabit antaranya membawa mereka menunaikan solat Jumaat dan meraikan hari kebesaran Islam di masjid berhampiran rumah, memberi bantuan zakat serta membantu menampung kos sara hidup ketiga-tiganya dari aspek pendidikan, keperluan, kebajikan dan lain-lain.

Pada 7 Feb lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan MAIPs menjadi responden kedua dalam petisyen perceraian Loh dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan hak penjagaan tiga anak mereka yang diperoleh beliau.

Advertisement

Loh telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas sepasang kembar perempuan berumur 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Pada prosiding semalam, Mohamed Haniff Khatri berkata MAIPs memohon supaya kanak-kanak terbabit diberikan akses mempelajari kelas fardu ain melalui wakilnya di bawah pemantauan ibu mereka.

“MAIPs mohon wakil-wakil MAIPS yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki diberi keizinan oleh mahkamah untuk menjalankan kelas fardu ain bagi tempoh selama dua jam sekali, setiap dua minggu untuk anak-anak mualaf itu.

“Ia penting kerana selagi kanak-kanak itu Islam, adalah menjadi tanggungjawab setiap saat untuk MAIPs membantu mereka mempelajari agama Islam,” kata beliau sambil menambah Loh juga akan dibantu mempelajari perkara halal dan haram terutama membabitkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya.

Sementara itu, peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh pula berhujah permohonan MAIPs adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata ini kerana MAIPs tidak memohon untuk mengubah perintah hak penjagaan kanak-kanak terbabit.

Advertisement

“Setakat ini, Loh gembira dengan keadaan semasa. Beliau tidak mahukan apa-apa lagi dan MAIPs tidak berhak memaksanya terutama apabila tiada sebarang bukti dalam afidavit mereka yang menunjukkan bahawa kanak-kanak terbabit memerlukan lebih banyak wang untuk mendapatkan didikan sewajarnya,” kata beliau.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Okt untuk memutuskan permohonan MAIPs.

Terdahulu, Hayatul Akmal menemu bual kanak-kanak terbabit selama hampir sejam dalam prosiding yang berlangsung secara tertutup.

Sumber: Berita RTM

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending