Terkini
Mahkamah putuskan saksi ketujuh kes Ebit Lew dibicara seperti biasa, maklumat dalam ‘pendrive’ tidak wajar dilindungi
Mahkamah memutuskan perbicaraan melibatkan saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching seorang penganalisis forensik diteruskan seperti biasa dan tidak dibenarkan dijalankan secara tertutup.

- Majistret Nor Asyraf Zolhani memutuskan perbicaraan melibatkan saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching diteruskan seperti biasa dan tidak dibenarkan dijalankan secara tertutup.
- Keputusan berdasarkan kepakaran dan bidang kuasa Inspektor Yip selaku penganalisis forensik bagi pendrive yang merupakan bahan bukti kes ini. Maklumat tersebut tidak sepatutnya dilindungi dari pengetahuan umum bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
TENOM – Mahkamah memutuskan perbicaraan melibatkan saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching seorang penganalisis forensik diteruskan seperti biasa dan tidak dibenarkan dijalankan secara tertutup.
Manakala perbicaraan melibatkan mangsa perlu dimohon semula oleh pihak pendakwaan esok.
Keputusan dibuat Majistret Nor Asyraf Zolhani itu berdasarkan kepakaran dan bidang kuasa Inspektor Yip selaku penganalisis forensik bagi pendrive yang merupakan bahan bukti kes ini.Sehubungan itu maklumat tersebut tidak sepatutnya dilindungi dari pengetahuan umum bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
Petang tadi, mahkamah terpaksa menangguhkan sesi perbicaraan selama 30 minit berikutan peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup bagi Inspektor Yip dan juga mangsa.
Ram Singh turut tidak bersetuju Inspektor Yip dipanggil sebagai saksi untuk menjelaskan hasil siasatan ke atas kandungan pendrive memandangkan pihaknya baru mengetahui akan kewujudan pendrive itu dalam perbicaraan hari ini.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pendrive tersebut bukanlah bahan bukti baharu kerana kandungan pendrive itu diekstrak daripada telefon bimbit milik tertuduh yang diserahkan tertuduh sendiri kepada syarikat LGMS untuk tujuan siasatan.
Membalas hujah, Ram Singh bertegas membantah saksi ketujuh dipanggil sebagai saksi dan mahu merujuk semula kepada syarikat LGMS jika pihak pendakwaan enggan memberikan salinan kandungan pendrive tersebut.
Majistret bagaimanapun memutuskan Inspektor Yip kekal dibicara seperti biasa sebagai saksi.
Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula hari ini sehingga 10 Februari depan.
Sesi perbicaraan ditangguhkan ke jam 2 petang esok. – The Merdeka Times
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak