Connect with us

Antarabangsa

Lebih 26 juta mangsa gempa Turkiye & Syria perlu bantuan

Kira-kira 26 juta penduduk tenggara Turkiye dan utara Syria yang terjejas akibat gempa bumi kuat pada 6 Februa­ri lalu mengharapkan bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 26 juta mangsa gempa Turkiye & Syria perlu bantuan
Gambar mangsa gempa bumi di Turkiye & Syria.
  • Berikutan ratusan kemudahan awam di kedua-dua buah negara musnah seperti klinik, hospital dan pusat-pusat perubatan komuniti.
  • Dilaporkan kira-kira 356,000 mangsa gempa bumi di kedua-dua negara terdiri daripada wanita hamil memerlukan rawatan reproduktif de­ngan segera.
  • Agensi Kesihatan Seksual dan Reproduktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata, keadaan itu menunjukkan situa­si kritikal sektor kesihatan di wilayah-wilayah yang terlibat gempa pada waktu ini.

ANTAKYA: Kira-kira 26 juta penduduk tenggara Turkiye dan utara Syria yang terjejas akibat gempa bumi kuat pada 6 Februa­ri lalu mengharapkan bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Hal ini berikutan ratusan kemudahan awam di kedua-dua buah negara musnah seperti klinik, hospital dan pusat-pusat perubatan komuniti.

Malah, dilaporkan kira-kira 356,000 mangsa gempa bumi di kedua-dua negara terdiri daripada wanita hamil yang memerlukan rawatan reproduktif de­ngan segera.

SEKTOR KESIHATAN KRITIKAL

Agensi Kesihatan Seksual dan Reproduktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dalam kenyataannya berkata, keadaan itu menunjukkan situa­si kritikal sektor kesihatan di wilayah-wilayah yang terlibat gempa pada waktu ini.

“Mereka termasuk 226,000 wanita di Turkiye dan 130,000 di Syria, kira-kira 38,800 daripadanya akan bersalin pada bulan depan,” menurut agensi tersebut.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge berkata, pihaknya sendiri menyediakan bantuan menyelamat terbesarnya ke Turkiye sejak penubuhan organisasi itu 75 tahun lalu.

Katanya, pihaknya menyediakan rawatan awal kepada mangsa-mangsa yang tercedera di dalam khemah-khemah yang didirikan di kawasan-kawasan yang terjejas.

DUA GEMPA SUSULAN

Dalam pada itu, kelmarin, dua gempa susulan berukuran 6.4 dan 5.8 magnitud melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye dan sempadan Syria pada pukul 8.04 malam (1.04 pagi waktu Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye berkata, dalam tragedi terbaharu itu, sekurang-kurangnya tiga maut dan mencederakan lebih 300 penduduk.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Süleyman Soylu berkata, pusat gempa yang berada di daerah Defne di Hatay mengesan 26 gegaran susulan sejak 6 Februari lalu.

Di bandar Antakya, tiga lelaki dilaporkan terperangkap apabila sebuah bangunan runtuh, berdasarkan cerita daripada saudara mangsa yang terlibat.

Beratus-ratus penyelamat Turkiye mengaktifkan semula operasi menyelamat dan cuba menghubungi mangsa-mangsa yang terperangkap.

Kumpulan penyelamat sukarelawan Syria, White Helmets pula berkata, di barat laut Syria, lebih 130 orang tercedera dan beberapa bangunan runtuh.

“Pasukan kami berusaha untuk membawa mereka yang cedera ke hospital, memeriksa kampung dan bandar yang terjejas dan mengalihkan runtuhan untuk membuka jalan bagi ambulans,” kata White Helmets.

Pada waktu ini, pihak berkuasa Turkiye menggesa orang ramai menjauhi bangunan-ba­ngunan tinggi bagi menge­lakkan risiko terperangkap di bawah runtuhan.

Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay turut meminta orang ramai tidak memasuki bangunan kediaman mereka yang rosak terutamanya untuk mengambil barang-barang peribadi masing-masing.

Katanya, hospital-hospital medan yang dibuka di kawasan terjejas gempa bumi turut menyediakan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit.–AGENSI

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending