Terkini
Israel tidak serius terima tawaran Hamas untuk bebas 70 tebusan rakyatnya
Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.

- Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.
- Menurut jurucakap sayap tenteranya, Briged Al Qasam, Abu Ubaida, gencatan senjata seharusnya termasuk gencatan senjata yang lengkap serta membenarkan bantuan kemanusiaan di semua lokasi di Semenanjung Gaza.
- “Dalam lima hari gencatan senjata, kita boleh membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditawan di Gaza… boleh (bebas) sehingga 70, kerana ada masalah mempunyai (menahan) tebusan ini daripada pelbagai pihak.
- “Bagaimanapun… musuh berlengah-lengah dan mengelak untuk membayar harga perjanjian itu,” katanya menerusi saluran Telegram.
GAZA: Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.
Menurut jurucakap sayap tenteranya, Briged Al Qasam, Abu Ubaida, gencatan senjata seharusnya termasuk gencatan senjata yang lengkap serta membenarkan bantuan kemanusiaan di semua lokasi di Semenanjung Gaza.
“Dalam lima hari gencatan senjata, kita boleh membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditawan di Gaza… boleh (bebas) sehingga 70, kerana ada masalah mempunyai (menahan) tebusan ini daripada pelbagai pihak.
“Bagaimanapun… musuh berlengah-lengah dan mengelak untuk membayar harga perjanjian itu,” katanya menerusi saluran Telegram.
Sementara itu, angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11,240 orang semalam, selepas lebih lima minggu serangan Israel berterusan.
Menurut kerajaan Hamas, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita dengan 29,000 lagi cedera.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas