Connect with us

Antarabangsa

Bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza tidak cukup – PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima bantuan yang mencukupi dan mendesak supaya gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak terima bantuan mencukupi dan mendesak gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu.
  • “Orang awam di Gaza memerlukan kemasukan berterusan bantuan kemanusiaan dan bahan api ke wilayah itu. Akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan kepada semua penduduk yang memerlukan adalah mendesak,” kata Guterres dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.

WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima bantuan yang mencukupi dan mendesak supaya gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu.

“Tahap bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan lebih dua juta orang. Walaupun jumlah bahan api yang dibenarkan masuk ke Gaza meningkat, ia masih tidak mencukupi untuk menyokong operasi asas.

“Orang awam di Gaza memerlukan kemasukan berterusan bantuan kemanusiaan dan bahan api ke wilayah itu. Akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan kepada semua penduduk yang memerlukan adalah mendesak,” kata Guterres dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.

Guterres pada masa sama menyambut baik jeda kemanusiaan baru-baru ini antara Israel dan Hamas tetapi menegaskan tiada tempat selamat di Gaza.

“Rundingan intensif sedang berlangsung untuk melanjutkan jeda kemanusiaan — yang amat kami alu-alukan — tetapi kami percaya kami memerlukan gencatan senjata yang sebenar,” kata Guterres.

Qatar pada Isnin mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan kepada dua hari lagi berbanding tempoh empat hari yang dipersetujui sebelum ini.

Guterres berkata, di Gaza, lebih dua pertiga daripada mereka yang terbunuh dilaporkan adalah kanak-kanak dan wanita.

“Dalam tempoh beberapa minggu, jumlah kanak-kanak terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza jauh lebih ramai berbanding jumlah keseluruhan kanak-kanak yang terbunuh pada mana-mana tahun oleh mana-mana pihak dalam konflik sejak saya menjadi Setiausaha Agung.

“Ia dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata yang saya serahkan kepada Majlis (UNSC) pada setiap tahun,” katanya.

Sejak konflik bermula, Guterres berkata seramai 111 pekerja PBB terbunuh di Gaza.

“Ini mewakili kehilangan kakitangan terbesar dalam sejarah organisasi kami. Biar saya jelaskan: Orang awam, termasuk kakitangan PBB mesti dilindungi. Objek awam, termasuk hospital mesti dilindungi. Kemudahan PBB tidak boleh diserang,” katanya sambil menggesa semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Guterres berkata banyak lagi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza.

“Gaza memerlukan peningkatan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, air, bahan api, selimut, ubat-ubatan dan bekalan penjagaan kesihatan dengan serta merta dan berterusan. Penting untuk diakui bahawa lintasan sempadan Rafah tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, terutamanya mengambil kira kadar prosedur yang perlahan.

“Itulah sebabnya kami menggesa pembukaan lintasan lain, termasuk Kerem Shalom dan penyelarasan mekanisme pemeriksaan untuk membolehkan peningkatan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Tetapi beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan sahaja tidak akan mencukupi.

Beliau berkata penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa, mesti direalisasikan.

“Rakyat Gaza berada di tengah-tengah malapetaka kemanusiaan yang epik di mata dunia. Kita tidak boleh memalingkan muka,” tambahnya. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending