Connect with us

Terkini

Laporan perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew secara langsung dari Mahkamah Tenom, Sabah

Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, bermula 10.15 pagi ini menampilkan saksi keenam untuk keseluruhan kes.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Laporan perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew secara langsung dari Mahkamah Tenom, Sabah
Foto: Pendakwah, Ebit Lew.

TENOM – Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, bermula 10.15 pagi ini menampilkan saksi keenam untuk keseluruhan kes.

Saksi keenam itu adalah Supt Hirdawaty Isa yang bertugas di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau yang bertugas pada tarikh 28 September 2021, pada jam lebih kurang 2 petang telah diminta oleh pegawai penyiasat Tenom Report 1459/21 Supt. Noor Asyikin Samsuri untuk merampas telefon bimbit seorang saksi (Firdaus Wong Wai Hung) yang datang ke pejabat D11 Bukit Aman pada hari itu.

Perbicaraan bermula.

10.15 pagi – Timbalan Pendakwa Raya, Zahida minta saksi membuat pengecaman borang pemeriksaan (P11) dan Hirdawaty mengesahkannya, melalui tandatangan dan cop namanya.

Telefon dirampas: iPhone XS Max warna putih nombor IMEI 357263091446297 dan satu unit kad sim Digi .Telah ditandakan ‘H6’ dan tarikh rampasan 28/9/2021 oleh Hirdawaty.

Hirdawaty mengesahkan gambar telefon berkenaan ID-10 (1-2) bagaimanapun beliau tidak memeriksa kandungan telefon bimbit, hanya membuat rampasan seperti diarahkan.

Hirdawaty turut dimaklumkan juruanalisa pada pemeriksaan telefon bimbit tersebut ialah ASP Latifah binti Abd Aziz.

DPP Zahida mohon ASP Latifah dikecualikan daripada pengecaman kerana akan dipanggil sebagai saksi ASP Nur Fairuz juga sebab bertugas sebagai pegawai polis.

Peguam, Ram Singh membantah.

Majistret putuskan court adjourned sehingga jam 11.30 pagi.

Perbicaraan bersambung jam 11.46 pagi.

11. 46 pagi – – Pada 9 Disember 2022 lebih kurang jam 8.20 pagi, Hirdawaty menyerahkan satu sampul surat mengandungi satu unit pendrive untuk pemeriksaan exhibit kepada Sarjan Norlailawati. Hirdawaty kemudian menandatangani borang MF02 dimana borang tersebut telah ditandatangani Sarjan Norlailawati.

Hirdawaty mengesahkan dan cam borang tersebut melalui tanda tangannya dan nombor rujukan makmal 22F3668.

DPP Zahida mohon ia ditanda sebagai exhibit.

Tiada bantahan daripada Ram Singh dan majistret putuskan ia sebagai P-29

DPP Zahida mohon pengecaman Sarjan Norlailawati dikecualikan, memandangkan Sarjan Norlailawati merupakan pegawai bertugas pada hari tersebut.

Tiada bantahan dari Ram Singh dan majistret putuskan pengecaman Sarjan Norlailawati dikecualikan.

DPP Zahida memohon memanggil Supt Noor Asyikin untuk dicam oleh Hirdawaty.

Supt Noor Asyikin dicamkan oleh saksi pendakwaan keenam (Hirdawaty). 

Tiada lagi soalan dari pihak pendakwaan untuk saksi keenam ini.

Ram Singh meminta mahkamah menyambung semula dengan pemeriksaan balas selepas makan tengah hari

Mahkamah ditangguhkan pada 12.43 tengah hari dan akan bersambung pada 2.30 petang.

14.44 petang – Pemeriksaan balas PW-6 (Supt Hirdawaty Isa) oleh DC, Ram Singh.

Hirdawaty setuju penyerahan telefon bimbit oleh Firdaus Wong adalah dua bulan lewat, namun ia kerana siasatan hanya mendapati perlunya rampasan telefon selepas siasatan dibuat.

Hirdawaty tidak bersetuju telefon bimbit Firdaus Wong perlu dirampas lebih awal kerana tindakan itu hanya boleh dibuat setelah hasil siasatan diperolehi pegawai penyiasat.

Hirdawaty tidak menolak kemungkinan ada pengubahsuaian boleh dibuat pada telefon bimbit Firdaus Wong dengan kelewatan 2 bulan tersebut.

Selepas tiada soalan lanjut daripada Ram Singh, Kamarudin dan Timothy, DPP Zahida meneruskan mengajukan soalan.

Hirdawaty menafi melihat sebarang tanda telefon itu telah diganggu ketika dia menerima telefon bimbit itu.

Tiada soalan lagi dari DPP Zahida.

DPP Zahida mohon saksi keenam dilepaskan.

Majistret memutuskan Hirdawaty dilepaskan.

15:30 petang – Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, hari ini, memohon perbicaraan kes seksual Ebit Lew melibatkan dua lagi saksi seterusnya iaitu Inspektor Yip Chang Ching dan mangsa untuk dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penonton dan media.

Permohonan itu dibuat, berikutan saksi (Ins Yip Chang Ching) akan menunjukkan hasil siasatannya ke atas pendrive yang melibatkan 90 gambar berunsur lucah serta mangsa juga akan diminta menjelaskan gambar-gambar tersebut.

Peguam, mewakili Ebit Lew iaitu Ram Singh tidak membantah permohonan itu sekiranya gambar-gambar tersebut didedahkan hanya kepada pihak mahkamah dan pihak berwajib namun beliau menolak jika perbicaraan melibatkan kedua-dua saksi termasuk mangsa dijalankan secara tertutup.

Menurut Ram Singh, 90 gambar yang bakal dikemukakan itu melebihi daripada jumlah 11 pertuduhan anak guamnya serta jika mengikut pertuduhan hanya ada satu gambar sahaja iaitu P1(A).

4.42 petangMajistret Nor Asyraf Zolhani memutuskan perbicaraan melibatkan saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching diteruskan seperti biasa dan tidak dibenarkan dijalankan secara tertutup.

Keputusan berdasarkan kepakaran dan bidang kuasa Inspektor Yip selaku penganalisis forensik bagi pendrive yang merupakan bahan bukti kes ini. Maklumat tersebut tidak sepatutnya dilindungi dari pengetahuan umum bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Sesi perbicaraan ditangguhkan ke jam 2 petang esok.

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending