Connect with us

Terkini

Kos sara hidup di Gua Musang setaraf KL

Sungguhpun berada di kawasan pedalaman Kelantan, jajahan Gua Musang dianggap mempunyai kos sara hidup tertinggi di negeri ini berbanding lokasi lain.

Wartawan TMT

Published

on

Kos sara hidup di Gua Musang setaraf KL
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sudah sebati berdepan dengan situasi barang mahal, sewa rumah tinggi malah ia sudah jadi asam garam kehidupan walaupun orang sering labelkan Gua Musang sebagai tempat ‘jin bertendang’ kerana kedudukannya di hulu Kelantan. – Penduduk, Mohd Syahdan Hussin
  • ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, isu kos sara hidup tinggi di Gua Musang bukan perkara luar biasa kerana disebabkan beberapa faktor.
  • “Antara faktor utama ialah lokasi kerana bahan mentah tidak terus sampai ke Gua Musang, sebagai contoh ikan dari Tok Bali, Pasir Puteh terpaksa melalui orang tengah sehingga jadikan harganya tinggi.”
  • “Kedua pengangkutan logistik juga mainkan peranan kerana kita tahu jarak Gua Musang hendak sampai ke Kota Bharu dua jam setengah,” katanya.

GUA MUSANG – Sungguhpun berada di kawasan pedalaman Kelantan, jajahan Gua Musang dianggap mempunyai kos sara hidup tertinggi di negeri ini berbanding lokasi lain.

Tinjaun Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk tempatan mengakui perkara tersebut malah ada menyifatkan kos sara hidup di sini setaraf dengan Kuala Lumpur.

Seorang penduduk, Mohd Syahdan Hussin, 33, berkata, mereka sudah sebati berdepan dengan situasi barang mahal, sewa rumah tinggi malah ia sudah menjadi asam garam kehidupan walaupun orang sering melabelkan Gua Musang sebagai tempat ‘jin bertendang’ kerana kedudukannya di hulu Kelantan.

“Di sini hendak cari rumah sewa bawah RM500 sukar, kalau ada pun sekitar RM600 ke atas dan ada yang mencecah RM1,000 sebulan. Nampak sahaja kawasan ini macam dikelilingi bukit-bukau, gua namun harga kayangan.

“Itu belum lagi bercerita bab harga makanan. Nasi pagi sudah cecah RM5 hingga RM10 tapi kami sudah biasa,” katanya.

Dia yang berniaga di sini memberitahu, situasi itu membuatkan orang dari luar Gua Musang akan terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut.

Bagi Noriah Ismail, 31, yang merupakan seorang usahawan berkata, nasi kerabu berharga RM15 sebungkus pada waktu pagi sudah menjadi perkara biasa buatnya dan keluarga.

Advertisement

Ujarnya, setiap hari sekitar RM300 dibelanjakan untuk makanan dari pagi sampai ke malam untuk keluarganya.

“Disebabkan kekangan kerja, kami sekeluarga terpaksa membungkus makanan. Jumlah itu sudah biasa, sekali fikir sudah macam tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

Noriah menambah, itu belum lagi bercakap tentang harga ikan, ayam, sayur serta barangan lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, isu kos sara hidup tinggi di Gua Musang bukan perkara luar biasa kerana disebabkan beberapa faktor.

Beliau memberitahu, antara faktor utama ialah lokasi kerana bahan mentah tidak terus sampai ke Gua Musang, sebagai contoh ikan dari Tok Bali, Pasir Puteh terpaksa melalui orang tengah sehingga menjadikan harganya tinggi.

“Kedua pengangkutan logistik juga memainkan peranan kerana kita tahu jarak Gua Musang hendak sampai ke Kota Bharu dua jam setengah.

Advertisement

“Kalau kita tengok semua barang-barang dari Kuala Lumpur akan ke Kota Bharu terlebih dahulu kemudian balik ke Gua Musang walaupun melalui kawasan ini pada awalnya.

“Itulah yang menyebabkan pengendalian berganda dan kos akan meningkat. Seterusnya kita sedia maklum Gua Musang bukan tempat pengeluar makanan sebab itu terpaksa ambil sumber makanan dari luar,” katanya.

Selain itu, Gua Musang dikenali sebagai bandar transit kerana kedudukannya sebagai pintu masuk utama ke negeri ini dan sering menjadi tempat istirahat sebelum meneruskan semula perjalanan ke destinasi seterusnya kerana keadaan bentuk muka buminya yang menarik.

Sumber: Sinar Harian

Author

Advertisement

Terkini

Jangan tangguh, tolak tawaran MARA jika tidak mampu – Asyraf Wajdi

Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan tidak menangguh atau menolak tawaran Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi keutamaan MARA. 
  • ““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).
  • “Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 
  • “Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu”, katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak menangguhkan atau menolak tawaran dari Institut Kemahiran Mara (IKM) atau mana-mana Institusi Pendidikan MARA. 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana membantu pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah sememangnya menjadi keutamaan MARA. 

““Anak saya dapat tawaran ke Institut Kemahiran MARA Besut tapi kami ada masalah wang untuk membayar pendaftaran RM350. Boleh ke saya minta untuk tangguh pengajian dia atau tolak tawaran tersebut?”. Mesej yang saya terima dalam inbox facebook saya pagi ini (semalam).

“Saya sudahpun minta semua institusi pendidikan MARA, jika ada kes-kes pelajar yang tidak mampu bayar yuran atau kos-kos awalan lain, terima dahulu mereka masuk. 

“Pelajar-pelajar boleh bayar secara ansuran atau banyak kaedah lain untuk membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam. 

Asyraf Wajdi memberi peringatan bahawa penglibatan dalam program TVET atau kemahiran disediakan MARA mampu mengubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia. 

Katanya, pelajar mengambil peluang mengikuti program itu berpotensi peroleh gaji yang lumayan dan bermaruah. 

Advertisement

“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang MARA sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia beserta potensi gaji yang lumayan dan bermaruah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata saranan itu terpakai untuk semua Institusi Pendidikan MARA, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Kolej Polytech-Mara, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Poly-Tech Malaysia.

Perkongsian Asyraf Wajdi menerima maklum balas baik daripada pengguna Facebook di media sosial beliau. 

Pengguna Facebook Idah Abdullah bersetuju dengan kenyataan Asyraf Wajdi dengan berkata ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan MARA. 

“Benar Datuk. MRSM tempat anak saya belajar, B40 memang ramai yang dapat bantuan dari pihak Mara. Mara memang perjuangkan anak-anak B40,” katanya. 

Pengguna Dayang Masturah pula menceritakan pengalaman semasa mendaftarkan anaknya memasuki tingkatan satu di MRSM. 

Advertisement

Dayang meminta pertimbangan pihak MRSM untuk menangguhkan dahulu bayaran dan bantuan untuk persediaan kelengkapan memasuki asrama. 

“Bila baca list segala bayaran terasa berat sangat masa tu. Mana untuk persediaan kelengkapan anak masuk asrama, baju sekolah tapi saya gagahkan diri sahaja masa tu berharap MRSM boleh bagi pertimbangan untuk bayaran tersebut.

“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan segala pakaian sekolah pihak koperasi MRSM KK yang sediakan. Rasa terharu masa tu dan nak nangis tapi gagahkan diri depan anak tidak nangis,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending