Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa segerakan daftar automatik anak OKU, tubuh pasukan khas

Kerajaan digesa menyegerakan pendaftaran automatik anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) serta menubuhkan pasukan khas dan pelan bertindak bersepadu untuk memudahkan pendaftaran mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa segerakan daftar automatik anak OKU, tubuh pasukan khas
Foto: Dato’ Mumtaz Md Nawi (tengah).
  • Kerajaan digesa segerakan pendaftaran automatik anak-anak OKU serta tubuh pasukan khas dan pelan bertindak bersepadu mudahkan pendaftaran mereka.
  • Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, tindakan itu perlu disegerakan bagi beri kesedaran kepada masyarakat, terutama ibu bapa dan kementerian memandangkan anak-anak OKU perlu diberi intervensi awal dan terapi bersesuaian.
  • Jumlah OKU seluruh Malaysia lebih kurang 15 peratus daripada rakyat, tetapi yang berdaftar sekarang ini rendah.
  • Jumlah 11 taska OKU di seluruh negara hanya memenuhi keperluan 4.7 peratus daripada anak-anak OKU yang memerlukan taska.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan pendaftaran automatik anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) serta menubuhkan pasukan khas dan pelan bertindak bersepadu untuk memudahkan pendaftaran mereka.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, tindakan itu perlu disegerakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, terutama ibu bapa dan kementerian lain memandangkan anak-anak OKU perlu diberi intervensi awal dan terapi bersesuaian.

“Kebanyakan daripada kecacatan dan kelemahan anak-anak ini dapat di atasi jika ada intervensi awal dan terapi yang betul daripada pihak pengasuh dan juga ibu bapa.

“Ini kerana jumlah OKU seluruh Malaysia lebih kurang 15 peratus daripada rakyat, tetapi yang berdaftar sekarang ini rendah, dimaklumkan sebentar tadi (dalam sidang Parlimen) hanya dalam 5,000 orang yang berdaftar,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Mumtaz, jumlah 11 taska OKU di seluruh negara hanya memenuhi keperluan 4.7 peratus daripada anak-anak OKU yang memerlukan taska.

Justeru itu, beliau berpandangan negara memerlukan pertambahan kepada taska OKU sekurang-kurangnya satu taska OKU di setiap Parlimen.

Beliau juga berharap guru dan pengasuh yang bekerja di taska OKU diberi kepakaran sebagaimana guru pakar yang berada di sekolah kelas-kelas pendidikan khas.

Katanya, jika pengasuh dan guru di taska OKU tiada kepakaran dibimbangi tidak membantu memulihkan anak-anak OKU serta kes penderaan yang media pernah laporkan sebelum ini mungkin berulang.

“Jadi keperluan untuk satu pasukan bersepadu daripada kementerian ini perlu supaya modul-modul untuk pendidikan taska ini dapat dibaiki, ditambah baik, diberi bajet oleh kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 31 Januari tahun ini, sebanyak 11 buah taska OKU beroperasi yang memberi manfaat kepada 264 orang kanak-kanak OKU.

Jumlah itu adalah 4.71 peratus berbanding seramai 5,606 kanak-kanak OKU lingkungan usia 0 hingga 4 tahun yang berdaftar. 

Sumber: Harakah Daily

 

 

Author