Terkini
Tarik balik lesen memandu OKU berdasarkan kes tertentu- Loke

- Kerajaan tidak mengamalkan dasar menarik atau membatalkan lesen memandu Orang Kurang Upaya (OKU), namun tindakan yang sewajarnya boleh diambil berdasarkan kes tertentu.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata golongan OKU termasuk bagi kategori mental, tidak boleh dijadikan mangsa, hanya kerana terdapat kes terpencil yang melibatkan pemandu golongan itu.
- “Bukan dasar kita untuk memukul rata semua OKU. Mereka juga memerlukan lesen untuk berulang-alik (bagi urusan seharian). Kita tidak boleh menganggap semua pemandu OKU tidak boleh membawa kenderaan dengan selamat,” katanya demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd, di Ipoh hari ini.
IPOH — Kerajaan tidak mengamalkan dasar menarik atau membatalkan lesen memandu Orang Kurang Upaya (OKU), namun tindakan yang sewajarnya boleh diambil berdasarkan kes tertentu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata golongan OKU termasuk bagi kategori mental, tidak boleh dijadikan mangsa, hanya kerana terdapat kes terpencil yang melibatkan pemandu golongan itu.
“Bukan dasar kita untuk memukul rata semua OKU. Mereka juga memerlukan lesen untuk berulang-alik (bagi urusan seharian). Kita tidak boleh menganggap semua pemandu OKU tidak boleh membawa kenderaan dengan selamat,” katanya.
Loke berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd, di sini hari ini.
Beliau ditanya tentang cadangan sebuah persatuan pengguna supaya kerajaan menarik balik lesen individu yang disahkan sebagai OKU kategori mental, susulan kejadian tular melibatkan penunggang motosikal OKU mental dipukul di sebuah pasar pagi di Chukai, Terengganu pada 17 Jan. — BERNAMA
