Connect with us

Terkini

Kenapa perlembagaan kita mesti dalam Bahasa Melayu? – Peguam

Peguam, Lukman Sheriff menegaskan perlembagaan negara perlulah menggunakan medium bahasa Melayu kerana menurutnya jika perlembagaan dalam bahasa Inggeris ia bakal membawa budaya yang tidak serasi dengan adat ketimuran di Malaysia.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Foto: Lukman Sheriff Alias.
  • Jika perlembagaan negara dalam bahasa perantaraan yang lain, ia bakal membawa budaya tidak serasi dengan adat ketimuran di Malaysia.
  • Negara pernah melakukan pindaan dalam Artikel 8 pada 2001 berkenaan kesamarataan dalam bahasa Inggeris namun ia tidak membawa maksud yang sama. 
  • Dalam bahasa Inggeris, pindaan menyatakan bahawa “there shall be no discrimination on the ground of gender” – Peguam, Lukman Sheriff
  • Sekiranya seorang lelaki berfikiran atau berasa dia adalah wanita maka “gender”nya adalah wanita dan bukan lelaki.
  • “…Implikasi pindaan (perlembagaan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris) ini amat besar,” katanya.

KUALA LUMPUR – Peguam, Lukman Sheriff menegaskan perlembagaan negara perlulah menggunakan medium bahasa Melayu kerana menurutnya jika perlembagaan dalam bahasa Inggeris ia bakal membawa budaya yang tidak serasi dengan adat ketimuran di Malaysia.

Selain itu, katanya, pertembungan besar antara banyak pendapat akan berlaku sekiranya perlembagaan negara menggunakan bahasa perantaraan yang lain.

Menurutnya, ramai orang tidak sedar bahawa pada tahun 2001, Malaysia pernah membuat pindaan perlembagaan yang “tidak cermat”.

“Pada tahun tersebut Artikel 8 berkenaan kesamarataan dipinda. Artikel 8 (2) telah dipinda dengan menyatakan dengan jelas bahawa diskriminasi jantina dalam undang-undang dan perlantikan penjawat awam adalah menyalahi dan tidak dibenarkan.

“Kalau kita baca pindaan dalam BM yang mana ramai YB lain menggunakannya, sudah tentu ini tidak menjadi masalah. Malah, pindaan ini perlu disokong sebulat suara.

“Masalahnya pindaan dalam bahasa Inggeris yang dibuat tidak membawa maksud yang sama. Dalam BI, pindaan menyatakan bahawa “there shall be no discrimination on the ground of gender”,” katanya dalam satu posting Facebook minggu ini.

Kongsinya, pada ketika itu ramai mentafsirkan terma “gender” yang membawa maksud “jantina” dan dengan itu tiada masalah. 

Bagaimanapun, pada masa kini terma “gender” dalam bahasa Inggeris sudah berkembang yang membawa maksud berbeza selain jantina. 

Merujuk kamus-kamus “gender” adalah “a state of mind” atau pemikiran bahawa seseorang itu wanita atau lelaki dan ia tidak lagi mengikut kehendak fitrah atau biologi. 

Sekiranya seseorang lelaki berfikiran atau berasa dia adalah wanita, maka “gender”nya adalah wanita dan bukan lelaki.

“Itu maksud “gender” pada masa ini di barat akibat budaya “woke” dan “liberal” yang diamalkan mereka. 

Maka menurut beliau, implikasi pindaan perlembagaan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris ini amat besar.

“Misalnya, kalau undang-undang kini hanya benarkan lelaki dan perempuan mengikut fitrah berkahwin, maka undang-undang ini pada satu hari boleh dicabar serta dihujahkan sebagai diskriminasi kerana tidak memperakui hak gender lain. 

“Malah, ini yang berlaku di barat pada waktu ini. Satu perubahan yang besar untuk mengiktiraf gender lain dan menyamaratakan undang-undang. Perkahwinan tidak lagi ikut jantina biologikal atau fitrah,” katanya.– The Merdeka Times

Sumber: Facebook Lukman Sheriff

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending