Terkini
Kartel daging: Kerajaan perlu 10 langkah ke hadapan, universiti perlu kajian lanjut industri halal
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk bergerak 10 langkah ke hadapan bagi memastikan isu kartel dalam negara dapat dibanteras.
- Langkah itu bagi memastikan isu kartel dalam negara dapat dibanteras, selain pihak universiti juga diminta membuat kajian berkenan kartel-kartel.
- Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru supaya KPDN dan JAKIM untuk mengesahkan logo halal pada produk-produk kembali.
- Ini dilakukan supaya rakyat faham dan tidak terdedah kepada unsur-unsur pengimportan produk-produk haram itu.
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk bergerak 10 langkah ke hadapan bagi memastikan isu kartel dalam negara dapat dibanteras.
Di samping itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan turut mengucapkan tahniah atas tindakan dikenakan ke atas pengarah dan syarikat LY Frozen Food yang didenda RM1.6 juta hari ini.
“Kerajaan ambil tindakan kita ucap tahniah, tapi dia kena ke depan lagi. 10 step ke depan untuk menghadapi kartel-kartel ini dan mungkin pihak universiti boleh diminta untuk membuat kajian.
“Pihak universiti boleh study. Dia kena buat research supaya dia tahu proses ini adalah halal tetapi di mana nak beli itu. Contohnya Petronas. Katakan musim gula tak ada, dekat Petronas boleh ada.
“Jadi orang pun tak payah huru-hara nak beli pasal memang sentiasa ada. Jadi, tak payah beli banyak untuk kakak abang, nenek semua sekali. Jadi pendidikan pengguna untuk cari yang halal itu perlu jelas,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times baru-baru ini.
Katanya, terdapat produk-produk yang dibawa masuk melalui Zon Perdagangan Bebas dibungkus kembali, diedar dan diseludup keluar.
“Kadang-kadang ada juga barang yang dibawa masuk, barang yang hanya dicop (halal) ataupun daripada yang tak halal dicop halal.
“Jadi benda-benda ini memberi keraguan kepada pengguna dan saya rasa KPDN atau JAKIM kena sah kembali.
“Maknanya kesedaran ini perlu dibawa secara teratur kepada rakyat, supaya rakyat faham dan tidak terdedah kepada unsur-unsur pengimportan produk-produk yang haram itu,” katanya.
Sebelum in, media melaporkan pada 2 Disember 2020 wujud kartel penyeludupan daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina di mana kartel berkenaan membungkus semula daging di gudang.
Di gudang yang terletak di Senai, Johor Bahru itu mereka membuat label dan cap palsu yang ditampal pada kotak daging serta menggunakan logo halal sebelum dijual ke pasaran di seluruh negara.
Terbaru, kartel berkenaan, pengarah syarikat LY Frozen Food, Yong Chee Kong didenda RM1.6 juta selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan yang dibacakan Hakim Fatimah Zahari.
Chee Kong diperintahkan membayar denda RM1.5 juta terhadap tujuh pertuduhan dikenakan terhadap LY Frozen Food dan denda RM100,000 terhadap tujuh pertuduhan lain di mana jika gagal akan dipenjarakan selama 6 bulan. – The Merdeka Times