Connect with us

Antarabangsa

Jadikan insiden gempa bumi Turkiye iktibar buat Malaysia

Insiden gempa bumi berlaku di Turkiye dan Syria wajar dijadikan iktibar buat Malaysia agar sentiasa bersedia dan waspada terhadap ancaman bencana gempa.

Wartawan TMT

Published

on

Jadikan insiden gempa bumi Turkiye iktibar buat Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Insiden gempa bumi berlaku di Turkiye dan Syria wajar dijadikan iktibar buat Malaysia agar sentiasa bersedia dan waspada.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Selangor dalam satu kenyataan menyifatkan kejadian gempa bumi bukan satu perkara baharu.
  • “Walau bagaimanapun, masih kurang pendedahan pendidikan terhadap gempa bumi ini kepada rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) perlu memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia terhadap bagaimana untuk mereka berhadapan dengan bencana seperti ini jika ia berlaku.

 

SHAH ALAM – Insiden gempa bumi berlaku di Turkiye dan Syria wajar dijadikan iktibar buat Malaysia agar sentiasa bersedia dan waspada terhadap ancaman bencana gempa.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Selangor dalam satu kenyataan menyifatkan kejadian gempa bumi bukan satu perkara baharu, namun setiap kali berlaku ia pasti mencatatkan angka kematian yang tinggi.

Menurut parti itu, berdasarkan kajian, Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman bencana gempa bumi.

“Kejadian gempa bumi berskala 5.9 magnitud yang menggegarkan bumi Ranau, Sabah telah meragut 18 nyawa pada 5 Jun 2015, merupakan bukti dan fakta bahawa Malaysia tidak bebas dari ancaman gempa bumi.

“Walau bagaimanapun, masih kurang pendedahan pendidikan terhadap gempa bumi ini kepada rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Muda Selangor menambah, begitu juga terhadap reka bentuk keselamatan bangunan anti-seismik perlulah diberi penekanan agar bangunan yang didirikan mempunyai daya tahan berhadapan dengan gelombang gempa.

“Ramai yang terkorban akibat bencana ini adalah disebabkan runtuhan bangunan.

“Jika ia tidak diberi perhatian, maka wajar bagi Malaysia berhadapan dengan keadaan yang mungkin tidak diduga,” kata kenyataan.

Selain itu, Muda Selangor berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) perlu memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia terhadap bagaimana untuk mereka berhadapan dengan bencana seperti ini jika ia berlaku.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending