Connect with us

Antarabangsa

Jadi bapa 60 anak, lelaki derma sperma guna nama palsu

Aktiviti seorang penderma sperma yang menggunakan nama palsu untuk menjadi bapa kepada 60 orang anak terbongkar selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan menyedari wajah anak-anak mereka semua kelihatan serupa.

Wartawan TMT

Published

on

Jadi bapa 60 anak, lelaki derma sperma guna nama palsu
Gambar sekadar hiasan.
  • Aktiviti seorang penderma sperma yang menggunakan nama palsu untuk menjadi bapa kepada 60 orang anak terbongkar selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan menyedari wajah anak-anak mereka semua kelihatan serupa.
  • Lelaki itu didakwa menggunakan empat nama berbeza untuk menderma sperma kepada ahli komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).
  • Pakar di Klinik Fertility First di Sydney, Dr. Anne Clark berkata, kliniknya menggunakan penderma itu sekali sahaja tetapi mendakwa lelaki berkenaan juga menawarkan perkhidmatannya melalui kaedah tidak rasmi seperti komuniti di laman Facebook.
  • “Punca utama perbuatannya berjaya dihidu selepas kami mengetahui dia bukan sepenuhnya berdarah Kaukasia,” jelasnya.

SYDNEY: Aktiviti seorang penderma sperma yang menggunakan nama palsu untuk menjadi bapa kepada 60 orang anak terbongkar selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan menyedari wajah anak-anak mereka semua kelihatan serupa.

Lapor Mirror UK, lelaki itu didakwa menggunakan empat nama berbeza untuk menderma sperma kepada ahli komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Penerima yang sebahagiannya bertemu penderma berkenaan melalui saluran tidak rasmi, membuat penemuan mengejutkan itu pada majlis barbeku untuk ibu bapa baharu.

Mereka kemudian mula menghubungi klinik rawatan persenyawaan in vitro  (IVF) tempatan di Australia untuk melihat sama ada lelaki yang sama melakukan beberapa pusingan pendermaan sperma di klinik itu.

Pakar di Klinik Fertility First di Sydney, Dr. Anne Clark berkata, kliniknya menggunakan penderma itu sekali sahaja tetapi mendakwa lelaki berkenaan juga menawarkan perkhidmatannya melalui kaedah tidak rasmi seperti komuniti di laman Facebook.

“Kami tahu dia mendapat pelbagai hadiah dan percutian tetapi semuanya atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

“Punca utama perbuatannya berjaya dihidu selepas kami mengetahui dia bukan sepenuhnya berdarah Kaukasia,” jelasnya.

Seperti juga di United Kingdom (UK), perbuatan memberi atau meminta bayaran mahu pun hadiah bagi setiap sperma manusia adalah menyalahi undang-undang di Australia dan individu yang disabitkan atas kesalahan itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending