Connect with us

Ekonomi

Harga barang tidak akan turun, kerajaan perlu bantu rakyat tingkat pendapatan

Tidak wajar jika tumpuan diberi pada pengurangan kos tanpa mengambil kira aspek polisi yang boleh memangkin pertumbuhan industri.

Wartawan TMT

Published

on

Harga barang tidak akan turun, kerajaan perlu bantu rakyat tingkat pendapatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata, hakikatnya harga barang keperluan tidak akan turun dan kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.
  • Tidak wajar tumpuan diberi pada pengurangan kos tanpa mengambil kira aspek polisi yang boleh memangkin pertumbuhan industri.
  • “Contoh Singapura, negara kecil tetapi mereka fokus perkilangan dan memajukan serta membangunkan sektor seperti kewangan dan IT.

 

KUALA LUMPUR: Tidak wajar jika tumpuan diberi pada pengurangan kos tanpa mengambil kira aspek polisi yang boleh memangkin pertumbuhan industri.

Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Chris Daniel Wong berkata, hakikatnya harga barang keperluan tidak akan turun dan kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

“Kita kena tahu yang harga barang tidak akan turun. Ini kerana ada banyak faktor lain mendorong kenaikan harga seperti kos gaji pekerja dengan pelaksanaan gaji minima dan kos elektrik yang meningkat.

“Ini mendorong kita untuk melihat isu ini pada paksi yang lain, kerajaan sewajarnya mencari jalan bagaimana untuk peningkatan pendapatan rakyat.

“Dahulu kita pernah ada pelan meningkatkan kemampuan daya saing negara dan meningkatkan pendapatan rakyat kerajaan, jadi mungkin kita kena kembali dan lihat dasar dan pelan industri yang meningkatkan pendapatan rakyat dan sekali gus kurangkan beban rakyat,” katanya ketika muncul dalam program Pantau Kerajaan Baharu, pada Rabu.

Kerajaan jelasnya, perlu mengenal pasti sektor yang mahu diberi tumpuan dan mencari jalan bagi membolehkan negara terus berdaya saing.

Advertisement

“Di samping mengekang dan mengawal kos daripada naik, kita kena selarikan bagaimana nak tingkatkan pendapatan industri.

“Contoh Singapura, negara kecil tetapi mereka fokus perkilangan dan memajukan serta membangunkan sektor seperti kewangan dan IT.

“Jadi kena lihat apa dasar kerajaan kita hari ini, bagaimana ia boleh bantu sektor perkilangan industri IT dan kewangan untuk terus berdaya saing supaya kita dipakai guna masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

 

Sumber: Astroawani

Advertisement

Ekonomi

Rasuah punca harga barang naik

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kewujudan amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan antara faktor penyumbang utama kenaikan kos sara hidup rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Rasuah punca harga barang naik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan faktor penyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat.
  • Perkara itu dibuktikan menerusi kertas kerja Coalition for Business Integrity (CBI) yang mengenal pasti proses pembekalan barangan dan perkhidmatan yang punya unsur rasuah. – Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tricia Yeoh 
  • Ujarnya, rasuah memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat melalui inflasi buatan sehingga meningkatkan kos sara hidup.
  • Rasuah juga menyumbang kepada tahap inflasi harga yang lebih tinggi serta menekan pendapatan orang ramai, sekali gus menggalakkan banyak rasuah membawa kepada kitaran ganas penindasan terhadap rakyat. – Ketua Pegawai Eksekutif CBI, Mark Chay

 

SHAH ALAM: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kewujudan amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan antara faktor penyumbang utama kenaikan kos sara hidup rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tricia Yeoh berkata, perkara itu dibuktikan menerusi satu kertas kerja oleh Coalition for Business Integrity (CBI) yang mengenal pasti proses pembekalan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai unsur rasuah akan menyebabkan peningkatkan kos.

Beliau berkata, ekoran kos pengurusan perniagaan yang semakin meningkat, kesannya terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir.

Menurut beliau, hasil dapatan daripada kertas kerja itu juga mendedahkan bagaimana rasuah memberi kesan kepada kos sara hidup pengguna, melalui penciptaan tekanan menaik ke atas harga barangan dan perkhidmatan pengguna.

“Penyelidikan kolaboratif ini mendapati bagaimana rasuah sistemik bukan suatu yang hanya memberi kesan kepada peringkat tertinggi masyarakat, malah sebenarnya turut memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat melalui inflasi buatan sehingga meningkatkan kos sara hidup.

“Dengan tumpuan pada sektor pembinaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan, penyelidikan dilakukan oleh IDEAS dan CBI ini juga mendapati bahawa pemberian habuan adalah satu bentuk rasuah yang paling biasa dalam sektor swasta dan awam.

Advertisement

“Namun begitu, terdapat juga bentuk-bentuk rasuah lain termasuk perbuatan peras ugut, penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan budi bicara serta sifat pilih kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CBI, Mark Chay turut sependapat dengan Dr Mahathir dan menegaskan bahawa pelbagai masalah yang dihadapi Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan integriti yang berleluasa dalam menguruskan sumber-sumber negara.

Beliau berkata, amalan rasuah dan salah guna kuasa telah mengganggu persaingan sihat, menyekat pembangunan sektor swasta, menyebabkan halangan kemasukan para pelabur asing, menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam serta menghasilkan perbelanjaan kerajaan yang tidak cekap.

Tambah beliau, perbuatan rasuah juga menyumbang kepada tahap inflasi harga yang lebih tinggi serta menekan pendapatan orang ramai, sekali gus menggalakkan lebih banyak rasuah yang membawa kepada kitaran ganas penindasan terhadap rakyat.

“Salah satu sebab punca kos sara hidup naik adalah disebabkan oleh rasuah apabila perkara itu berkait rapat dengan isu kos melaksanakan perniagaan.

“Ini berlaku apabila urusan perniagaan diselitkan dengan keperluan untuk merasuah, malah perbuatan jijik rasuah ini dikira sebagai kos pengurusan perniagaan.

Advertisement

“Semua itu seterusnya dikembalikan dan disalurkan kepada masyarakat atau dikenali sebagai trickle-down effect,” katanya.

Pada sidang media selepas menghadiri Forum Usahawan Bumiputera, ‘Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera Dan Cabaran Masa Hadapan’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Sabtu, Dr Mahathir menegaskan, kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah yang berleluasa.

Menurut Dr Mahathir, apabila setiap urusan diselitkan elemen rasuah, ia menyebabkan harga barang dan perkhidmatan menjadi semakin mahal. 

 

Sumber: Astroawani

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending