Terkini
Dewan Rakyat: Usul Shahidan minta kerajaan fokus kenaikan harga barang ditolak
Kerajaan diminta memberikan fokus kepada kenaikan harga beras dan barangan lain yang menghimpit rakyat pada ketika ini.

- Kerajaan diminta memberikan fokus kepada kenaikan harga beras dan barangan lain yang menghimpit rakyat pada ketika ini.
- Permintaan itu dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) di Dewan Rakyat dengan menyatakan kerajaan perlu menghentikan segala peruntukan dan pembangunan, sebaliknya memberi perhatian utama kepada kenaikan harga beras tempatan, cili kering, bawang merah dan bawang putih.
- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor kemudian mengambil maklum usul itu dan turut membacakan surat jawapan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
- Ramli memaklumkan Johari sudah meneliti usul dibawa Shahidan dan menolaknya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberikan fokus kepada kenaikan harga beras dan barangan lain yang menghimpit rakyat pada ketika ini.
Permintaan itu dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) di Dewan Rakyat dengan menyatakan kerajaan perlu menghentikan segala peruntukan dan pembangunan, sebaliknya memberi perhatian utama kepada kenaikan harga beras tempatan, cili kering, bawang merah dan bawang putih.
“Tinjauan di Tampoi dan Masai menunjukkan kenaikan 30 sehingga 40 peratus. Ini mendatangkan kesan yang hebat kepada negara. Beras tempatan tidak ada di Johor. Saya sudah pergi merata tempat dan negeri lain.
“Di Kedah saya sempat suruh kawan beli sekampit (beras). Harganya tiga minggu lalu ialah RM23, tetapi sekarang RM35 (dan) ini adalah beras tempatan.
“Gula berkurangan dan pelbagai lagi. Masalah ini akan menimbulkan keluh-kesah rakyat,” katanya.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor kemudian mengambil maklum usul itu dan turut membacakan surat jawapan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Ramli memaklumkan Johari sudah meneliti usul dibawa Shahidan dan menolaknya.
“Saya sudah meneliti usul Yang Berhormat (YB) dan mendapati usul YB tidak terjumlah di bawah urusan majlis khas yang ditetapkan. Oleh yang demikian, mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (3), saya tidak dapat membenarkan usul YB dibawa ke Majlis Mesyuarat.
“Justeru, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18 (7) (c), saya menolak usul YB dalam kamar,” katanya.
Ramli berkata, pihaknya percaya menteri yang bertanggungjawab akan menjawab isu itu di Dewan Rakyat.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas