Connect with us

Terkini

GST tidak sesuai dilaksana ketika ini ekoran ekonomi dunia perlahan

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada masa ini terutama ketika ekonomi dunia mengalami keadaan yang agak perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

Wartawan TMT

Published

on

GST tidak sesuai dilaksana ketika ini ekoran ekonomi dunia perlahan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada masa ini terutama ketika ekonomi dunia mengalami keadaan yang agak perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.
  • Beliau berkata kerajaan perlu meneliti pelaksanaan GST secara keseluruhan dan bukan sekadar mendengar cadangan daripada pihak tertentu.
  • “Mereka ada sebab tertentu untuk GST dilaksanakan. Contohnya golongan peniaga, mereka kata GST itu boleh dituntut semula tetapi kita meneliti bukan sahaja kepada satu atau dua golongan, kita lihat kepada keseluruhannya.”
  • “Saya tidak kata cukai ini baik atau tidak baik tetapi (kini) bukan masa yang sesuai, terutama semasa kita sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak perlahan di seluruh dunia, kos harga barang naik, (GST) belum sesuai untuk (dilaksanakan) masa kini,” katanya.
  • Mengenai cadangan supaya GST dilaksanakan pada kadar lebih rendah berbanding sebelum ini, beliau berkata kerajaan mempunyai kaedah lain bagi menambah hasil negara selain pelaksanaan GST.

IPOH: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada masa ini terutama ketika ekonomi dunia mengalami keadaan yang agak perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti pelaksanaan GST secara keseluruhan dan bukan sekadar mendengar cadangan daripada pihak tertentu.

“Mereka ada sebab tertentu untuk GST dilaksanakan. Contohnya golongan peniaga, mereka kata GST itu boleh dituntut semula tetapi kita meneliti bukan sahaja kepada satu atau dua golongan, kita lihat kepada keseluruhannya.

“Saya tidak kata cukai ini baik atau tidak baik tetapi (kini) bukan masa yang sesuai, terutama semasa kita sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak perlahan di seluruh dunia, kos harga barang naik, (GST) belum sesuai untuk (dilaksanakan) masa kini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan dialog sempena Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak di sini, pada Isnin.

Mengenai cadangan supaya GST dilaksanakan pada kadar lebih rendah berbanding sebelum ini, beliau berkata kerajaan mempunyai kaedah lain bagi menambah hasil negara selain pelaksanaan GST.

“Kita mempunyai cara lain, pengurusan fiskal lebih baik, sistem pencukaian lebih baik, pemerolehan lebih baik, pemerolehan kerajaan, kita mempunyai semua cara ini (termasuk) subsidi bersasar. Berlandaskan semua cara ini, kita boleh menguruskan fiskal kita tanpa perlu melaksanakan GST buat masa ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beberapa pihak menyukai (pelaksanaan) GST termasuk Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), peniaga dan penganalisis ekonomi.

Advertisement

Sebelum ini beliau berdepan tentangan yang sangat hebat berkenaan GST, namun kini ramai pihak membantu memberi penjelasan justeru, penjelasan wajar terus diberikan, katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook, The Ahmad Maslan.

Pada majlis yang sama, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri telah mengemukakan senarai sembilan projek berimpak tinggi yang dikenal pasti, dengan implikasi kewangan berjumlah RM138.67 bilion kepada Kementerian Kewangan sebelum jelajah itu berlangsung.

Beliau berkata senarai itu menjadi keutamaan kerajaan negeri kerana semua projek itu adalah tiang utama kepada pengukuhan pelan pembangunan negeri yang sedang dijalankan iaitu Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah meletakkan sektor kesihatan sebagai antara fokus dalam senarai keutamaan bagi permohonan projek kepada kerajaan Persekutuan dalam kerangka Belanjawan 2024 yang akan diumumkan, dengan permohonan projek sektor kesihatan berjumlah RM1.47 juta,” katanya ketika berucap.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending