Connect with us

Terkini

Ambil tindakan serta-merta terhadap pihak dakwa Pas ‘Kerajaan Taliban’

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menegaskan bahawa dakwaan pihak tertentu berhubung kerajaan yang dipimpin oleh Pas disifatkan sebagai ‘Kerajaan Taliban’ adalah satu kenyataan yang menghasut dan perlu dikenakan tindakan serta-merta.

Wartawan TMT

Published

on

Ambil tindakan serta-merta terhadap pihak dakwa Pas ‘Kerajaan Taliban’
Foto: Ahmad Fadhli Shaari.
  • Kenyataan itu seolah-olah mendakwa negara akan jadi seperti Taliban sekiranya dipimpin oleh Pas. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari
  • “Kelantan telah ditadbir oleh Pas lebih dari 30 tahun. Di negeri Taliban manakah Sitting Buddha terbesar di Asia Tenggara boleh dibenarkan untuk terus berada di negeri Kelantan?
  • “Jadi kalau nak kata Pas ini ‘Kerajaan Taliban’, inilah kenyataan yang menghasut dan perlu dikenakan tindakan serta-merta,”

KUALA LUMPUR – Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menegaskan bahawa dakwaan pihak tertentu berhubung kerajaan yang dipimpin oleh Pas disifatkan sebagai ‘Kerajaan Taliban’ adalah satu kenyataan yang menghasut dan perlu dikenakan tindakan serta-merta.

Ujar Ahmad Fadhli, kenyataan itu seolah-olah mendakwa negara akan menjadi seperti Taliban sekiranya dipimpin oleh Pas.

“Tak payah petik ucapan-ucapan biasa yang dikeluarkan daripada si A, B dan sebagainya.

“Kelantan telah ditadbir oleh Pas lebih daripada 30 tahun. Di negeri Taliban manakah Sitting Buddha yang terbesar di Asia Tenggara boleh dibenarkan untuk terus berada di negeri Kelantan?

“Jadi kalau nak kata yang Pas ini ‘Kerajaan Taliban’, inilah yang kenyataan yang menghasut dan perlu dikenakan tindakan serta-merta,” katanya ketika dalam Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau pada ketika itu menyampaikan perbahasan Titah Diraja yang menyentuh bahawa rakyat Malaysia perlu mengelakkan daripada segala isu perkauman.

Susulan itu, beliau kemudiannya membangkitkan beberapa isu yang turut mempunyai kenyataan berbaur rasis yang telah dikeluarkan oleh pihak tertentu termasuk dakwaan daripada aktivis DAP, Hew Kuan Yew ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ini isunya Yang Berhormat, saya tidak ingin salahkan sesiapa. Semua sudah ada dalam siasatan polis.

“Termasuklah apabila Ahli Parlimen Bagan (Lim Guan Eng) bertanyakan apakah status siasatan (berhubung isu sembelih), saya pun nak tanya apakah status siasatan ‘Superman Hew’ ini?” soalnya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending