Connect with us

Terkini

AFL minta penjelasan kelab guna logo syarikat vape

Amateur Football League (AFL) yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Liga M3 akan meminta penjelasan daripada kelab BRM Kuala Kangsar berhubung isu logo jersi yang didakwa membabitkan syarikat rokok elektronik (vape).

Wartawan TMT

Published

on

AFL minta penjelasan kelab guna logo syarikat vape
Foto: Mohd Yusoff Mahadi.
  • AFL akan meminta penjelasan daripada kelab BRM Kuala Kangsar berhubung isu logo jersi yang didakwa membabitkan syarikat vape.
  • Di peringkat AFL kita sudah maklumkan dan larang mereka guna logo penaja berunsurkan rokok – Pengerusi AFL, Mohd Yusoff.
  • “Jadi pada perlawanan liga bermula nanti, mereka perlu pastikan perkara itu tidak berlaku dan kita tidak akan benarkan ia (logo syarikat rokok) dipaparkan pada jersi,” katanya.
  • “Buat masa ini kita akan minta kelab itu untuk beri penjelasan mengenai perkara ini, kemudian baru kita boleh lihat apa tindakan seterusnya,” tambahnya.

Amateur Football League (AFL) yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Liga M3 akan meminta penjelasan daripada kelab BRM Kuala Kangsar berhubung isu logo jersi yang didakwa membabitkan syarikat rokok elektronik (vape).

Pengerusi AFL Mohd Yusoff Mahadi berkata pasukan itu sebelum ini sudah diberitahu mengenai larangan berkenaan.

“Di peringkat AFL kita sudah maklumkan dan larang mereka (BRM Kuala Kangsar) guna logo penaja berunsurkan rokok.

“Tetapi apa yang berlaku mereka mengambil tindakan sendiri apabila logo berkenaan dipaparkan pada jersi. Memang kita dah larang.

“Jadi pada perlawanan liga bermula nanti, mereka perlu pastikan perkara itu tidak berlaku dan kita tidak akan benarkan ia (logo syarikat rokok) dipaparkan pada jersi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu satu portal bola sepak tempatan membangkitkan persoalan sama ada tindakan kelab itu melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau tidak.

Ini selepas logo syarikat vape terpapar pada jersi yang dilancarkan kelab itu yang dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Adam Adli dalam maklum balasnya kepada Malaysiakini berkata dia tidak dimaklumkan lebih awal berkaitan penajaan syarikat vape dalam pasukan tersebut.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakannya memakai jersi sebuah pasukan bola sepak yang mempunyai logo syarikat vape.

“Saya tidak tahu apa yang ditulis di jersi.

“Itu majlis pelancaran jersi pasukan dan saya jadi tetamu acara itu. Perkara ini tidak patut dilihat sebagai satu pengiktirafan,” kata Adam yang juga ketua Pemuda PKR.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya akan meminta penjelasan daripada pengurusan kelab tersebut berhubung perkara itu.

“Buat masa ini kita akan minta kelab itu untuk beri penjelasan mengenai perkara ini, kemudian baru kita boleh lihat apa tindakan seterusnya,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending