Connect with us

Terkini

82 peratus peniaga vape gesa kerajaan ambil langkah kawal selia

Sejumlah 82 peratus peniaga vape tempatan mahu kerajaan mengambil langkah segera untuk mengawal selia industri yang telah ditangguhkan sejak 2015.

Wartawan TMT

Published

on

82 peratus peniaga vape gesa kerajaan ambil langkah kawal selia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut tinjauan dilakukan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), 95 peratus responden katakan bahawa peraturan itu akan halang penjualan kepada kanak-kanak.
  • Sebanyak 75 peratus bersetuju bahawa peraturan akan bantu pastikan produk vape penuhi standard keselamatan dan kualiti, manakala 70 peratus lagi percaya bahawa peraturan akan wujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan langsung domestik dan asing.
  • Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, tinjauan pendapat dari 160 usahawan dan perniagaan vape di seluruh Malaysia itu telah tunjukkan sokongan yang amat menggalakkan pada kerajaan untuk kenalkan peraturan tersebut.

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 82 peratus peniaga vape tempatan mahu kerajaan mengambil langkah segera untuk mengawal selia industri yang telah ditangguhkan sejak 2015.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), 95 peratus responden mengatakan bahawa peraturan itu akan menghalang penjualan kepada kanak-kanak.

Sementara itu, sebanyak 75 peratus bersetuju bahawa peraturan akan membantu memastikan produk vape memenuhi standard keselamatan dan kualiti, manakala 70 peratus lagi percaya bahawa peraturan akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan langsung domestik dan asing.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, tinjauan pendapat daripada 160 usahawan dan perniagaan vape di seluruh Malaysia itu telah menunjukkan sokongan yang amat menggalakkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tersebut.

Beliau berkata, gesaan pengusaha vape itu tidak menghairankan kerana seruan untuk peraturan selalu dibangkitkan di peringkat akar umbi.

“Selain itu, sebahagian besar perniagaan vape telah mengawal selia sendiri dan mematuhi piawaian tertinggi untuk memastikan keselamatan produk.

“Pelaburan yang besar juga telah dibuat untuk memastikan industri terus maju ke hadapan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, pemain industri setakat ini masih bimbang kerana belum ada langkah yang diambil untuk memastikan peraturan diperkenalkan.

Katanya, kerajaan perlu melihat pilihan untuk mengawal selia industri vape dengan segera dan bukannya menunggu Akta baharu dibentangkan di Parlimen.

“Ini bagi memastikan aktiviti industri dikawal dengan pantas untuk mengelakkan penjualan produk kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama, industri ini dapat terus berkembang sambil menyumbang kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Selain itu, 85 peratus responden juga mengatakan bahawa peraturan tidak boleh terlalu drastik.

Tambahnya, pada tahun lepas, ramai dalam industri menyatakan kebimbangan mereka terhadap cadangan generasi penamat dan menyeru agar kerajaan menyemak dan menilai semula cadangan itu.

Beliau menjelaskan, industri yang dianggarkan bernilai RM2.27 bilion pada 2019 ini berpotensi memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada negara kerana industri itu turut menggaji tenaga kerja tempatan dan berkeupayaan memacu pelaburan asing dan domestik.

“Melalui tinjauan pendapat kami, jelas pemain vape terbuka dan bersedia untuk dikawal tanpa peraturan drastik bagi membolehkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending