Connect with us

Terkini

Tidak perlu kaji semula filem ‘Pulau’, tiada unsur lucah – PFM

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) berkata filem sensasi, Pulau, tidak wajar untuk dikaji semula kerana filem itu tiada..

Wartawan TMT

Published

on

Tidak perlu kaji semula filem ‘Pulau’, tiada unsur lucah – PFM
Foto: Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha
  • Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) berkata filem sensasi, Pulau, tidak wajar dikaji semula kerana filem itu tiada unsur lucah dan adegan panas.
  • “Kami merasakan tiada adegan panas dan lucah yang tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan sehingga boleh meruntuhkan moral masyarakat seperti dakwaan ramai.” – Presidennya, Pansha.
  • Pansha berkata pihaknya mewakili Industri Perfileman Tempatan menerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, FINAS berkesempatan melaksanakan pra-tonton filem itu selepas penerbit mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) berpandukan Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.
  • PFM percaya tahap profesionalisme Jawatankuasa LPF yang memberi kelulusan terhadap filem Pulau dengan sewajarnya dan memohon agar filem itu tidak dikaji semula.

KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) berkata filem sensasi, Pulau, tidak wajar untuk dikaji semula kerana filem itu tiada unsur lucah dan adegan panas.

“Kami merasakan tiada adegan panas dan lucah yang tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan sehingga boleh meruntuhkan moral masyarakat seperti dakwaan ramai,” kata Presidennya, Pansha.

Dalam kenyataannya, Pansha berkata pihaknya mewakili Industri Perfileman Tempatan menerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkesempatan melaksanakan pra-tonton filem tersebut selepas penerbit mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) berpandukan Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

“Malah, Jawatankuasa Skim Wajib Tayang FINAS sudah meluluskan tarikh tayangan umum di pawagam pada 9 Mac depan,” tambahnya.

Katanya, PFM percaya tahap profesionalisme Jawatankuasa LPF yang memberi kelulusan terhadap filem Pulau dengan sewajarnya dan memohon agar filem itu tidak dikaji semula.

Terdahulu, sebaik trailer filem Pulau dimuat naik di media sosial, ramai orang mengkritik filem terbabit dah mempersoalkan bagaimana naskhah itu diluluskan tayangan.

Rata-rata netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim ala Hollywood, malah, ada yang mengklasifikasikan naskhah terbabit sebagai ‘soft porn’ yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem

Advertisement

Sumber: Samudera

 

 

 

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending