Connect with us

Terkini

Siti Bainun baca penyataan saksi tanpa peguam bela

Prosiding bela diri oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bakal diteruskan dengan tertuduh membacakan penyataan saksi tanpa peguam bela.

Wartawan TMT

Published

on

Siti Bainun baca penyataan saksi tanpa peguam bela
Foto: Siti Bainun
  • Prosiding bela diri oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
  • Hakim, Izralizam Sanusi mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi pastikan Siti Bainun dapat selesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok.
  • Bagaimanapun, Siti Bainun turut beritahu mahkamah, dia tidak membawa sebarang salinan pernyataan saksi hari ini menyebabkan Izralizam tangguhkan sesi itu seketika sebelum tentukan sama ada kes perlu diteruskan atau tidak.

 

KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bakal diteruskan dengan tertuduh membacakan penyataan saksi tanpa peguam bela.

Hakim Izralizam Sanusi membuat penetapan prosiding kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, itu diteruskan kerana tidak mahu lagi kes itu ditangguhkan selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Izralizam bertanyakan sama ada tertuduh sudah melantik peguam bela untuk memulakan prosiding hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh menjawab dia sudah memohon dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan memerlukan masa sebulan lagi bagi membuat persiapan akhir termasuk penyerahan dokumen dan meneliti kes itu.

Izralizam: Kamu tahu tak kepentingan dan keseriusan kes ini dihadapkan mahkamah ini berbanding kes sivil dan rayuan kamu itu?

Siti Bainun: Tahu.

Izralizam: Saya nak tanya adakah kamu membuat aduan kepada Majlis Peguam atas tindakan (tarik diri) peguam kamu sebelum ini?

Siti Bainun: Tak, sebab mereka masih bantu saya termasuk menyediakan dokumen.

Izralizam mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi memastikan Siti Bainun dapat menyelesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok.

Bagaimanapun, Siti Bainun turut memberitahu mahkamah, dia tidak membawa sebarang salinan pernyataan saksi hari ini menyebabkan Izralizam menangguhkan sesi itu seketika sebelum menentukan sama ada kes perlu diteruskan atau tidak.

Sebelum ini, semua peguam daripada lima firma yang membela kes tertuduh menarik diri dengan alasan tiada kelapangan masa dan pertindihan jadual kes lain.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella,13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending