Connect with us

Antarabangsa

Ratusan tentera wanita dakwa dirogol, tersalah diagnosis gangguan personaliti

Satu laporan mendakwa ratusan tentera wanita yang menuduh rakan sekerja merogol mereka, didapati tersalah diagnosis..

Wartawan TMT

Published

on

Ratusan tentera wanita dakwa dirogol, tersalah diagnosis gangguan personaliti
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Situasi itu berlaku selepas mangsa cuba dapatkan bantuan dari Jabatan Kesihatan Mental Masyarakat (DCMH) bawah angkatan tentera itu ekoran serangan seksual dialami.
  • Tentera wanita itu didiagnosis alami gangguan personaliti emosi tidak stabil dan diberhentikan tugas atas alasan perubatan. – Daily Mail
  • Wanita berkenaan sama ada `didiagnosis secara salah atau berlebihan’ agar pihak atasan tentera boleh `tangani masalah’ dengan segera. – Ketua Eksekutif Salute Her UK, Paula Edwards 
  • “Perkara ini amat membimbangkan, wanita dirogol cuba dapatkan bantuan  DCMH namun pengamal perubatan melihatnya sebagai masalah tekanan pasca-trauma (PTSD) dan diagnosis mangsa mengalami gangguan personaliti,” katanya.

LONDON: Satu laporan mendakwa ratusan anggota tentera wanita yang menuduh rakan sekerja merogol mereka, didapati tersalah diagnosis dengan gangguan personaliti.

Situasi itu berlaku selepas mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kesihatan Mental Masyarakat (DCMH) di bawah angkatan tentera itu ekoran serangan seksual dialami mereka.

Lapor Daily Mail, tentera wanita itu didiagnosis mengalami gangguan personaliti emosi yang tidak stabil dan diberhentikan tugas atas alasan perubatan.

Ketua Eksekutif Salute Her UK, Paula Edwards mendakwa wanita berkenaan sama ada `didiagnosis secara salah atau berlebihan’ agar pihak atasan tentera boleh `menangani masalah’ itu dengan segera.   

Pendedahan itu dibuat sebulan selepas Akademi Tentera Diraja Sandhurst diminta menangani `budaya toksik’ serangan seksual selepas ratusan askar wanita tampil melaporkan penderaan semasa menjalani latihan.

Seramai 16 tentera wanita lagi tampil mendedahkan serangan seksual dihadapi mereka semasa berkhidmat di Sandhurst.

“Perkara ini amat membimbangkan, wanita yang dirogol cuba mendapatkan bantuan DCMH, namun pengamal perubatan melihatnya sebagai masalah tekanan pasca-trauma (PTSD) dan diagnosis mangsa mengalami gangguan personaliti,” katanya.

Jelas beliau, anggota wanita didiagnosis dengan masalah demikian tidak boleh berkhidmat dalam tentera yang membolehkan pihak atasan menangani isu yang timbul itu dengan segera.     

Berdasarkan data dikeluarkan Salute Her UK, seramai 133 wanita didiagnosis mengalami gangguan personaliti daripada jumlah 393 rujukan diterima pada tahun lalu.

Hampir kesemua mangsa berumur bawah 27 tahun.    

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending