Connect with us

Antarabangsa

Hanya 11 peratus belia Britain akan angkat senjata demi Britain – Kajian

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Hanya 15 peratus belia dewasa berkata mereka percaya UK bersatu, berbanding hampir 60 peratus berkongsi pandangan sama pada 2004.
  • Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa kebanyakan belia Gen Z di Britain tidak berbangga menjadi warga Britain.
  • Dapatan itu diterbitkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh YouGov dan Public First untuk akhbar The Times of London.

LONDON — Separuh daripada Generasi Z di United Kingdom (UK) percaya Britain adalah negara yang rasis, manakala hanya empat daripada sepuluh belia Britain berkata mereka berbangga dengan negara mereka.

Dapatan itu diterbitkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh YouGov dan Public First untuk akhbar The Times of London.

Menurut kajian tersebut, hanya 11 peratus daripada Gen Z, yang berusia 18 hingga 27 tahun berkata mereka akan berjuang untuk Britain.

Manakala 41 peratus lagi berkata tiada sebarang keadaan yang akan mendorong mereka mengangkat senjata untuk negara mereka.

Dapatan ini amat berbeza daripada sokongan teguh untuk mengangkat senjata semasa Perang Dunia Kedua, dan juga berbeza daripada angka yang dicatatkan pada 2004.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa kebanyakan belia Gen Z di Britain tidak berbangga menjadi warga Britain.

Hanya 15 peratus daripada belia dewasa berkata mereka percaya negara ini bersatu. Bagaimanapun angka itu turun mendadak berbanding hampir 60 peratus yang berpendapat demikian pada tahun 2004.

Separuh daripada responden juga berpendapat bahawa UK terperangkap dalam masa lalu. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *