Antarabangsa
UK mula kuat kuasa penapisan online
- Undang-undang penapisan dalam talian baharu Britain berkuat kuasa pada Isnin selepas pengawal selia telekomunikasi negara itu menerbitkan senarai kandungan mesti dialih keluar platform media sosial untuk mengelakkan denda berjuta-juta pound, lapor RT.
- Ofcom, badan pemerhati media dan telekomunikasi Britain, menerbitkan set garis panduan yang mesti dipatuhi platform seperti Meta, Google dan TikTok menjelang Mac atau berisiko didenda di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian yang diluluskan pada 2023.
- Garis panduan itu menyenaraikan 130 perbuatan haram yang mesti dilarang dan dicegah platform media sosial, termasuk hasutan kepada keganasan, pemerdagangan manusia dan perkongsian bahan penderaan seksual kanak-kanak.
- Syarikat gagal mematuhi peraturan baharu Ofcom boleh didenda sehingga 10 peratus daripada hasil tahunan global mereka, sehingga maksimum £18 juta ($22.8 juta).
- Bagi pesalah berulang, pengurus individu berdepan hukuman penjara, manakala Ofcom juga boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menyekat akses kepada platform terbabit di UK.
Undang-undang penapisan dalam talian baharu Britain berkuat kuasa pada Isnin selepas pengawal selia telekomunikasi negara itu menerbitkan senarai kandungan mesti dialih keluar platform media sosial untuk mengelakkan denda berjuta-juta pound, lapor RT.
Ofcom, badan pemerhati media dan telekomunikasi Britain, menerbitkan set garis panduan yang mesti dipatuhi platform seperti Meta, Google dan TikTok menjelang Mac atau berisiko didenda di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian yang diluluskan pada 2023.
Garis panduan itu menyenaraikan 130 perbuatan haram yang mesti dilarang dan dicegah platform media sosial, termasuk hasutan kepada keganasan, pemerdagangan manusia dan perkongsian bahan penderaan seksual kanak-kanak.
Turut dilarang adalah kandungan “menimbulkan kebencian kaum” atau “kebencian atas dasar agama atau orientasi seksual” yang walaupun tidak jelas (ill-defined) sudah dikira sebagai menyalahi undang-undang.
Ofcom berkata kesalahan disenaraikan adalah “kompleks”.
“Ia mungkin lebih kepada siri interaksi antara pengguna, atau mungkin melibatkan tingkah laku yang berlaku sebahagiannya di luar talian, atau mungkin melibatkan pemikiran tentang sifat, identiti atau umur seorang atau lebih pengguna berkenaan”.
Syarikat gagal mematuhi peraturan baharu Ofcom boleh didenda sehingga 10 peratus daripada hasil tahunan global mereka, sehingga maksimum £18 juta ($22.8 juta).
Bagi pesalah berulang, pengurus individu berdepan hukuman penjara, manakala Ofcom juga boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menyekat akses kepada platform terbabit di UK.
Menurut Ofcom, peraturan itu akan dikenakan kepada lebih 100,000 syarikat dari seluruh dunia, dari platform media sosial terbesar kepada syarikat kecil seperti penyedia hiburan, temu janji, perjudian dan perkhidmatan dalam talian. – The Merdeka Times