Connect with us

Antarabangsa

UK senaraikan Hindutva berpotensi gugat keselamatan domestik

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pejabat Dalam Negeri United Kingdom (UK) mengenal pasti pasukan nasionalis Hindu ekstrem, Hindutva dan gerakan puak pemisah Sikh sebagai kumpulan yang mampu menggugat keselamatan domestik.
  • Perkara itu diketahui menerusi laporan yang bocor dari Pejabat Dalam Negeri UK kepada kepada badan pemikir berhaluan kanan Policy Exchange baru-baru ini.
  • Laporan yang bocor ini menjadikan kali pertama Hindutva diiktiraf sebagai ideologi yang perlu diberi perhatian di UK, berikutan pertembungan antara Hindu dan Muslim di Leicester pada 2022 selepas perlawanan kriket India-Pakistan

UNITED KINGDOM — Pejabat Dalam Negeri United Kingdom (UK) didakwa mengenal pasti pasukan nasionalis Hindu ekstrem, Hindutva dan gerakan puak pemisah Sikh sebagai kumpulan yang mampu menggugat keselamatan domestik.

Perkara itu diketahui menerusi laporan yang bocor dari Pejabat Dalam Negeri UK kepada badan pemikir berhaluan kanan Policy Exchange baru-baru ini.

Laporan yang dibuat pada Ogos 2024 tersebut menggambarkan nasionalis Hindu ekstrem sebagai ideologi ekstremis yang menggalakkan supremasi Hindu dan berusaha untuk mengubah India menjadi negara Hindu berasaskan etno-agama.

Hindutva dilabel sebagai satu pergerakan politik yang menggalakkan hegemoni Hindu India dan penubuhan negara Hindu Rastra atau negara Hindu di India.

Laporan tersebut juga menyatakan ketegangan antara komuniti Hindu dan Muslim di UK masih terasa dan peristiwa di Leicester membuktikan bagaimana maklumat palsu boleh menyebabkan tindakan di lapangan.

Penganalisis berkata United Kingdom perlu mengendalikan ketegangan ideologi ini dengan berhati-hati, kerana ekstremisme yang tidak terkawal berisiko mencetuskan keganasan lebih lanjut dan memperluaskan perpecahan dalam kalangan komuniti diaspora.

Laporan yang bocor ini menjadikan kali pertama Hindutva diiktiraf sebagai ideologi yang perlu diberi perhatian di UK, berikutan pertembungan antara Hindu dan Muslim di Leicester pada 2022 selepas perlawanan kriket India-Pakistan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *