Antarabangsa
Presiden Universiti Hamline digesa undur kerana gagal urus kontroversi Islamofobia
Presiden Universiti Hamline, Fayneese Miller digesa meletakkan jawatannya ekoran kegagalan beliau mengendalikan kontroversi Islamofobia membabitkan seorang profesor adjung yang menunjukkan seni purba menggambarkan nabi Muhammad saw dalam kelas.
- Presiden Universiti Hamline, Fayneese Miller digesa meletakkan jawatan ekoran kegagalannya mengendalikan kontroversi Islamofobia membabitkan seorang profesor adjung yang menunjukkan bahan seni menggambarkan nabi Muhammad saw dalam kelas.
- Miller berkata, “kadang-kadang kami tersilap langkah” dan bahawa ia “cacat” menggunakan perkataan “Islamofobia” untuk menggambarkan kejadian itu.
- Profesor adjung terbabit, Erika Lopez Prater menyaman sekolah itu kerana fitnah dan diskriminasi agama di Mahkamah Daerah Ramsey County.
MINNESOTA – Presiden Universiti Hamline, Fayneese Miller digesa meletakkan jawatannya ekoran kegagalan beliau mengendalikan kontroversi Islamofobia membabitkan seorang profesor adjung yang menunjukkan seni purba menggambarkan nabi Muhammad saw dalam kelas.
Rata-rata kakitangan Hamline menyifatkan apa yang berlaku dalam kelas sejarah seni pada Oktober lalu itu sebagai “tidak bertimbang rasa, tidak menghormati dan Islamofobia” dan “tindakan tidak bertoleransi”.
Bagaimanapun, selepas mendapat kritikan dari seluruh negara, Miller mengakui minggu lalu bahawa dia silap mengendalikan perkara itu dalam kenyataan bersama pada 17 Januari lalu dengan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Hamline.
Katanya, “kadang-kadang kami tersilap langkah” dan bahawa ia “cacat” menggunakan perkataan “Islamofobia” untuk menggambarkan kejadian itu.
Pada hari sama, profesor adjung terbabit, Erika Lopez Prater menyaman sekolah itu kerana fitnah dan diskriminasi agama di Mahkamah Daerah Ramsey County.
Fakulti sepenuh masa di universiti berkenaan pun mengadakan mesyuarat di mana mereka mengundi 71-12, dengan sembilan berkecuali, untuk menyokong kenyataan yang menggesa perletakan jawatan Miller, menurut seorang Profesor Perniagaan dan Presiden Majlis Fakulti, Jim Scheibel.
“Kami tertekan kerana anggota pentadbiran telah salah menangani isu ini dan kemudaratan besar telah dilakukan terhadap reputasi universiti tertua di Minnesota.
“…Memandangkan kami tidak lagi percaya pada keupayaan Presiden Miller untuk memimpin universiti ke hadapan, kami menyeru beliau untuk segera menyerahkan peletakan jawatannya kepada Lembaga Pemegang Amanah Universiti Hamline.” katanya.
Persatuan Profesor Universiti Amerika berkata pada hari Isnin bahawa ia menghantar “jawatankuasa siasatan” ke Hamline untuk menyiasat keputusan untuk enggan membawa Lopez Prater kembali untuk semester musim bunga.
Sumber: Twin Cities Pioneer Press
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times