Connect with us

Antarabangsa

Pasangan gay perdaya anak angkat jadi bahan porno

Pasangan aktivis gay didakwa menggunakan dua anak angkat lelaki mereka untuk tujuan rakaman pornografi kanak-kanak, kata polis tempatan. 

Wartawan TMT

Published

on

Pasangan gay perdaya anak angkat jadi bahan porno
Foto: William Dale Zulock dan Zachary Jacoby Zulock bersama dua anak angkat mereka.
  • Pasangan aktivis gay didakwa menggunakan dua anak angkat lelaki mereka untuk tujuan rakaman pornografi kanak-kanak, kata polis tempatan. 
  • Rumah pasangan gay, William Dale Zulock, 32, dan Zachary Jacoby Zulock, 35, yang terletak di Oxford digeledah pihak berkuasa dengan waran geledah.
  • Terdapat bukti yang menunjukkan pasangan itu merupakan bapa angkat kanak-kanak tersebut yang “terlibat dalam perbuatan penderaan seksual dan video yang mendokumentasikan penderaan ini,” kata pejabat sheriff.
  • Pada awal pagi keesokan harinya, kedua-dua pasangan gay itu dihantar ke Penjara Walton County.
  • Mereka juga didakwa atas pertuduhan mencabul kanak-kanak yang teruk, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan memikat mereka untuk tujuan tidak senonoh.

GEORGIA – Pasangan aktivis gay didakwa menggunakan dua anak angkat lelaki mereka untuk tujuan rakaman pornografi kanak-kanak, kata polis tempatan. 

Pejabat Syerif Walton County menyerbu sebuah rumah di Loganville pada 27 Julai tahun lalu ekoran laporan bahawa seorang lelaki sedang memuat turun video lucah kanak-kanak.

Selepas menemu bual suspek, yang tidak dikenal pasti, polis berkata mereka mengetahui terdapat seorang lagi suspek di daerah itu yang “menghasilkan bahan penderaan seksual kanak-kanak buatan sendiri dengan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang tinggal di rumah itu,” kata pejabat sherif dipetik New York Post.

Lebih kurang pukul 11.30 malam, rumah pasangan terbabit iaitu William Dale Zulock, 32, dan Zachary Jacoby Zulock, 35, yang terletak di Oxford digeledah pihak berkuasa dengan waran geledah.

Bahagian Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-kanak Walton County turut menyertai serbuan ke rumah suspek untuk membantu melindungi dua beradik yang tinggal di sana.

Semasa pencarian mereka, polis menemui bukti yang menunjukkan pasangan itu merupakan bapa angkat kanak-kanak terbabit, “terlibat dalam perbuatan penderaan seksual dan video yang mendokumentasikan penderaan ini,” kata pejabat sheriff.

Pada awal pagi keesokan harinya, kedua-dua pasangan suami isteri gay itu dihantar ke Penjara Walton County.

Mereka juga didakwa atas pertuduhan mencabul kanak-kanak yang teruk, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan memikat kanak-kanak untuk tujuan tidak senonoh, lapor WSBTV. 

Sementara itu, William Zulock pula didakwa atas tuduhan tambahan mencabul kanak-kanak.

Sumber: Not The Bee dan New York Post

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending