Connect with us

Terkini

Novel cinta, seksual galak remaja berfantasi seks – Pakar Psikologi Kanak-Kanak

Untuk membaca bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta dan berbaur seksual ini seronok tapi kesan jangka panjang untuk golongan remaja bawah umur mungkin kita tak nampak sedangkan ia boleh menyebabkan mereka ralit dengan fantasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Novel cinta, seksual galak remaja berfantasi seks - Pakar Psikologi Kanak-Kanak
Foto: Dr Noor Aishah Rosli.
  • “Bila baca buku perkataan-perkataan lucah contohlah dia kata, “membuka baju”  jadi kita pun membayangkan membuka baju dan meraba itu pun boleh menyebabkan seseorang itu terangsang.
  • “Lepas itu dia akan start ralit dengan kehidupan itu, benda seksual ini memang menyeronokkan dan orang kesepian dia rasa seronok, hidup, bertenaga dengannya. 
  • Bagaimanapun, katanya kesan membaca bahan lucah tidaklah memberi kesan besar sebagaimana menonton video lucah ini berikutan melalui visual kita akan nampak pergerakan hingga menyebabkan kita berasa berahi dan sama ada golongan perempuan atau lelaki akan berasa ingin beronani atau masturbate,” kata Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli.

KUALA LUMPUR – Untuk membaca bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta dan berbaur seksual ini seronok tapi kesan jangka panjang untuk golongan remaja bawah umur mungkin kita tak nampak sedangkan ia boleh menyebabkan mereka ralit dengan fantasi.

Walaupun, kesan membaca bahan bacaan berbentuk demikian tidak seteruk menonton video lucah namun ia tetap boleh menyebabkan pembaca terangsang dan ketagihan. 

Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn. Bhd. iaitu Dr Noor Aishah Rosli berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang isu tular melibatkan sebuah novel genre cinta yang didakwa mempromosikan ‘child grooming’ iaitu novel berjudul Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia.

“Bila baca buku perkataan-perkataan yang lucah contohlah dia kata, “membuka baju”  jadi kita pun membayangkan membuka baju dan meraba itu pun boleh menyebabkan seseorang itu terangsang.

“Akan membuatkan kita berfantasi berlebih-lebihan. Orang membaca buku sama, mungkin dia fikir buka baju raba-raba tapi orang lain baca dia mungkin fikir buka baju, raba-raba lepas itu buka semua sekali. Imaginasi orang berbeza-beza.

“Lepas itu dia akan start ralit dengan kehidupan tersebut, benda tentang seksual ini memang menyeronokkan dan orang kesepian dia akan rasa seronok, hidup, bertenaga dengannya. 

“Tapi sebenarnya ia adalah fantasi bukan realitinya. Ini bagi mereka yang membaca dan melihat bahan lucah, “ kata beliau ketika dihubungi pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya kesan membaca bahan lucah tidaklah memberi kesan yang besar sebagaimana menonton video lucah ini berikutan melalui visual kita akan nampak pergerakan hingga menyebabkan kita berasa berahi dan sama ada golongan perempuan atau lelaki akan berasa ingin beronani atau masturbate.

Selain itu, individu yang menonton atau melihat bahan lucah juga akan berdepan masalah ketagihan hingga pada akhirnya menjejaskan potensi hidup mereka dan menyebabkan mereka hilang fokus berikutan sentiasa menginginkan keseronokkan.

Katanya, situasi ini menyumbang kepada permasalahan lain seperti anxiety dan sukar hendak kawal diri untuk mencegah dari membuat perkara itu kerana terlampau ketagihan serta lebih parah akan menyebabkan individu itu melihat individu lain sebagai objek seksual.

“Biasanya kalau buku itu dia membayangkan seorang lelaki yang sasa dirinya so dia pun boleh berimaginasi dia buat dengan lelaki itu ataupun lelaki pun sama imiginasinya tapi imiginasi mereka lagi tinggi sebab nature mereka yang kena ada mimpi jadi dalam mimpi itu akan ada hubungan seksual dan sebagainya.

“Jadi imaginasi dia lagilah, kalau dia nampak perempuan yang dia suka dia pun imaginasi seperti itu.

“Menonton itu kesannya lebih lagi kerana kita boleh melihat dan meniru cara sama kalau tengok kertas tak bergerak, ia perkataan atau gambar imaginasinya mungkin tak sampai mungkin tak bergabunglah,” katanya yang turut menegaskan gabungan kedua-dua perbuatan tidak bermoral itu akan bawa kesan jauh lebih teruk.

Menurut Noor Aishah, seorang penulis seharusnya lebih bijak dalam membawa senario yang cantik dan menjauhi perkara-perkara atau perkataan seksual yang bila dibaca boleh diimiginasikan.

Ini berikutan, perkataan atau ayat seperti ‘menyelak kain’ atau ‘mencium bibir’ akan menyebabkan pembaca berangan dan terangsang selain, satu perkara yang jauh membimbangkan beliau apabila golongan pembaca itu adalah daripada mereka yang masih di bawah umur.

“Penulis ini kalau dia suka berfantasi romantik dan jiwanya halus dia akan bawa cerita-cerita begitu, tapi kalau penulis itu lebih realistik dia tak bawa ke situ sebaliknya dia kurang ke arah itu kerana dia aware siapa pembaca dia.

“Mungkin culture kita membataskan sebab yang membaca orang muda, kalau novel orang puteh itu memang setiap satu dia ceritakan kerana pembaca dia terbuka tentang seksual, namun kita pula yang membaca novel ini kadang-kadang remaja berusia 12 hingga 18 tahun di mana mereka tak sampai lagi ke tahap itu, tapi dah berangan-angan bawa jiwa ke situ.

“Kita ada adat dan value tapi kita juga ada agama. Cerita sebegitu mungkin tak perlu dalam culture tapi kalau dari segi logik dalam penulisan masuklah untuk dapatkah ‘emphh’ kerana itulah realiti hidup.

“Dalam kita nak terbuka kita kena aware pembaca itu terkadang mereka yang berusia 12 ke 16 tahun yang teringin nak merasa macam itu. Angan-angan yang lama-lama jadi dosa. Apa pun kita buat, kita nak elak buat dosa.

“Kurang manis perkara ini kerana golongan remaja dan kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan perkara ini contohnya kata ‘Ahmad memegang tangan Nina dan cium tangan dia’ padahal dalam buku, itu kekasih dia tak kahwin lagi tapi nanti golongan pembaca bawah umur ini bercinta mereka pun nak buat macam itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan para penulis di luar sana agar lebih berhati-hati dalam menulis dan memilih penggunaan sebarang perkataan khususnya yang berbaur seksual serta membuat ‘disclaimer’ berkenaannya jika ada.

Beliau juga mengharapkan penulis khususnya mereka yang menulis karya genre cinta untuk menghentikan konsep ‘bercinta, putus, suka orang ini tapi dia tak suka, miskin kaya,’ sedangkan semua itu disifatkan klise.

Justeru, beliau mengharapkan penulis lebih berani dengan menukar identiti mereka dan membuat bahan bacaan yang lebih bermanfaat dan memberi pengajaran. – The Merdeka Times

Author