Connect with us

Terkini

NGO di Pulau Pinang kutuk Rasmus Paludan

Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan-Persatuan Muslim Pulau Pinang menggesa kerajaan Sweden serta Denmark mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Sweden, Rasmus Paludan yang bertindak membakar al-Quran, baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

NGO di Pulau Pinang kutuk Rasmus Paludan
Foto: Presiden Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang , Datuk Najmudeen Kader (Kiri) & Ahli Politik Berhaluan Kanan Denmark, Rasmus Paludan
  • Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan-Persatuan Muslim Pulau Pinang menggesa kerajaan Sweden serta Denmark mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Sweden, Rasmus Paludan yang bertindak membakar al-Quran, baru-baru ini.
  • Presiden NGO berkenaan, Datuk Najmudeen Kader berkata, kerajaan Sweden dan Denmark perlu mengambil langkah serius memerangi sentimen Islamofobia yang semakin meruncing selain boleh mengganggu keamanan dunia.
  • “Aktivis anti-Islam ini sekali lagi telah membakar al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Denmark pada 27 Januari. Oleh itu, kami menggesa kerajaan Sweden dan Denmark mengambil tindakan segera terhadap aktivis melampau ini,” katanya.

 

GEORGE TOWN – Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan-Persatuan Muslim Pulau Pinang menggesa kerajaan Sweden serta Denmark mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Sweden, Rasmus Paludan yang bertindak membakar al-Quran, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, kerajaan Sweden dan Denmark perlu mengambil langkah yang serius untuk memerangi sentimen Islamofobia yang semakin meruncing selain boleh mengganggu keamanan dunia.

“Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan-persatuan Muslim Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia Rasmus Paludan, ahli politik pelampau warga Denmark- Sweden yang bertindak membakar al-Quran di Stockholm, Sweden pada 21 Januari lalu.

“Aktivis anti-Islam ini sekali lagi telah membakar al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Denmark pada 27 Januari. Oleh itu, kami menggesa kerajaan Sweden dan Denmark mengambil tindakan segera terhadap aktivis melampau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan.

Selepas mengecam hampir sejam yang mana dia menyerang Islam dan Imigresen di Sweden, Paludan membakar al-Quran dengan pemetik api.

Lebih mengecewakan, akhbar The Washington Post melaporkan, ahli politik itu didakwa menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu

Menurutnya, pihaknya menuntut tindakan tegas diambil kepada Paludan kerana tindakannya adalah satu jenayah yang boleh menimbulkan kebencian terhadap satu agama dan boleh mencetuskan pergaduhan perkauman.

Beritahunya, tindakan terkutuk itu jelas tindakan yang biadap dan sebagai satu serangan secara terang- terangan terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

“Kandungan al-Quran adalah seperti buku agama lain yang mengandungi nilai-nilai rahmah yang boleh menjadi panduan kepada kehidupan manusia.

“Ajaran Islam menganjurkan supaya umat manusia hidup secara muafakat, bekerjasama, bertolak-ansur dan menghormati agama lain supaya semua penganut tidak kira agama dapat hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

Tambahnya, tindakan Paludan itu dilihat hanya untuk mencari publisiti murahan di peringkat antarabangsa.

“Kami juga menggesa agar semua pihak termasuk kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bekerjasama dalam memerangi sentimen Islamofobia ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending