Connect with us

Antarabangsa

10 maut dalam tembakan rambang di sekolah di Sweden

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Lokasi kejadian, Sekolah Risbergska.
  • “Sekitar 10 orang telah terbunuh di sini hari ini. Kami tidak dapat memberikan angka yang lebih tepat sekarang kerana skala kejadian ini sangat besar,” kata Ketua Polis Tempatan, Roberto Eid Forest kepada pemberita.
  • Setakat ini, menurut polis tiada kaitan yang disyaki dengan pengganas namun motif kejadian masih belum jelas.

SWEDEN — Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di sebuah sekolah dewasa di barat Sweden dalam insiden tembakan rambang yang digambarkan Perdana Menteri negara itu, Ulf Kristersson sebagai serangan paling buruk dalam sejarah negara Nordic itu.

Menurut Ketua Polis Tempatan, Roberto Eid Forest , dalam kejadian pada jam 12.33 tengahari waktu tempatan di Sekolah Risbergska semalam itu, 10 orang telah terbunuh.

“Sekitar 10 orang telah terbunuh di sini hari ini. Kami tidak dapat memberikan angka yang lebih tepat sekarang kerana skala kejadian ini sangat besar,” kata Ketua Polis Tempatan, Roberto Eid Forest kepada pemberita.

Jurucakap hospital berkata daripada lima pesakit yang dimasukkan ke Hospital Universiti Orebro, seorang mengalami kecederaan ringan sementara empat lagi telah menjalani pembedahan.

Dua daripadanya keluar dari pembedahan dan berada dalam keadaan stabil, sementara seorang lagi mengalami kecederaan serius.

Menurut polis penyerang dipercayai termasuk dalam kalangan mereka yang terbunuh. Polis juga menjangkakan tiada serangan lanjut akan berlaku.

Setakat ini, menurut polis tiada kaitan yang disyaki dengan pengganas namun motif kejadian masih belum jelas.

Jelas Forest, polis percaya penyerang bertindak sendirian, dan polis tidak mempunyai sebarang rekod jenayah melibatkannya.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *