Connect with us

Antarabangsa

Media Sweden dedah IKEA, Nestlé, Carrefour sumbang pendapatan iklan ke TV Ultranasionalis Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Akhbar Sweden ETC mendedahkan bahawa beberapa syarikat multinasional terkenal telah membeli ruang iklan di Channel 14, sebuah saluran televisyen ultranasionalis di Israel, antara 27 Februari 2024 hingga 21 Mei 2025.
  • Channel 14 sering menyiarkan program perbincangan yang menampilkan panelis Israel yang secara terbuka menyokong penghapusan total kediaman rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
  • Tiga pertubuhan masyarakat sivil Israel telah mengemukakan bukti kukuh dalam satu petisyen kepada Mahkamah Agung Israel, mendakwa saluran tersebut menghasut kepada jenayah genosid terhadap penduduk Palestin di Gaza.

 

STOCKHOLM – Akhbar Sweden ETC  mendedahkan bahawa beberapa syarikat multinasional terkenal telah membeli ruang iklan di Channel 14, sebuah saluran televisyen ultranasionalis di Israel, antara 27 Februari 2024 hingga 21 Mei 2025.

Menurut laporan itu, daripada 418 syarikat yang menyiarkan iklan di saluran tersebut dalam tempoh berkenaan, 50 daripadanya adalah syarikat antarabangsa.

Antara yang dinamakan ialah syarikat runcit gergasi Perancis, Carrefour; konglomerat pemproses makanan dan minuman dari Switzerland, Nestlé; serta syarikat perabot multinasional dari Sweden, IKEA.

Channel 14 sering menyiarkan program perbincangan yang menampilkan panelis Israel yang secara terbuka menyokong penghapusan total kediaman rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

ETC turut melaporkan bahawa tiga pertubuhan masyarakat sivil Israel telah mengemukakan bukti kukuh dalam satu petisyen kepada Mahkamah Agung Israel, mendakwa saluran tersebut menghasut kepada jenayah genosid terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Selain daripada hasil pendapatan iklan, Channel 14 juga dikatakan menerima manfaat kewangan daripada kerajaan Israel, termasuk pengecualian cukai serta yuran pentadbiran yang rendah.

Nestlé, Carrefour, dan IKEA merupakan antara syarikat yang sering disenaraikan dalam kempen boikot yang dianjurkan oleh gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanctions).

Gerakan ini bertujuan memberi tekanan ke atas Israel melalui pemboikotan produk dan perkhidmatannya, pengeluaran pelaburan dari syarikat yang menyokong Israel, serta mengenakan sekatan ke atas negara tersebut.

Menurut BDS, Carrefour menjadi sasaran utama kerana mengendalikan cawangan di penempatan haram Israel dan didakwa menyokong kerajaan sayap kanan Israel.

Nestlé pula dikritik kerana mengendalikan kilang di Israel dan disyaki menyokong dasar-dasar kerajaan Zionis. IKEA turut tersenarai kerana pernah menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Israel.

Pendedahan ini mencetuskan semula gesaan agar syarikat antarabangsa bertanggungjawab terhadap penglibatan tidak langsung mereka dalam konflik berpanjangan di wilayah Palestin. -The Merdeka Times

Author