Connect with us

Terkini

Negeri Sembilan sasar semua PBT laksana Pelan Anti Rasuah Organisasi tahun ini

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diminta menyediakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk membolehkan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Negeri Sembilan sasar semua PBT laksana Pelan Anti Rasuah Organisasi tahun ini
Foto: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun
  • Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diminta menyediakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bagi dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
  • Penyediaan OACP itu penting agar Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan (ARNS) dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran di negeri ini.
  • Setakat ini Majlis Bandaraya Seremban (MBS) merupakan PBT pertama yang mempunyai OACP.
  • “Pelan ini dapat memberikan gambaran jelas dan keikhlasan kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan slogan “Negeri Sembilan, Negeri Bebas Rasuah” — MB, Datuk Seri Aminuddin Harun.

SEREMBAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diminta menyediakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk membolehkan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata penyediaan OACP itu penting bagi membolehkan Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan (ARNS) dapat dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat pentadbiran di negeri ini.

Katanya, setakat ini Majlis Bandaraya Seremban (MBS) adalah PBT pertama yang sudah mempunyai OACP.

“Saya sudah minta semua PBT di Negeri Sembilan bersedia melaksanakan OACP ini agar Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan dapat dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat pentadbiran.

“Ini penting kerana sebagai negeri yang berjaya mencatatkan pelaburan luar antara tertinggi, maka pelan ini seharusnya diserapkan dan dapat dilaksanakan seberapa segera.

“Pelan ini dapat memberikan gambaran jelas dan keikhlasan kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan slogan “Negeri Sembilan, Negeri Bebas Rasuah”,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutup Bengkel Kefahaman dan Pematuhan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Hotel Palm Mall, di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Amirhamzah Karim; Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Datuk Ariff Farhan Doss dan Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan, Mohd Noor Ihsan Mohd Alwi.

Seramai 700 peserta kalangan ahli DPMM Negeri Sembilan menyertai bengkel sehari itu.

Aminuddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan amat komited dengan usaha membanteras gejala rasuah menerusi pelan ARNS yang menyediakan 58 inisiatif jangka panjang dan pendek.

Beliau berkata, keyakinan dan kepercayaan rakyat perlu dititikberatkan melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta berintegriti.

“Peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang responsif, cekap dan pantas dapat meningkatkan kredibiliti pentadbiran kerajaan negeri sekali gus memperkasa imej perkhidmatan awam.

“Ini tidak boleh dicapai dengan hanya penglibatan sebelah pihak, semua pemegang taruh perlu bersama berganding bahu serta menguatkan iltizam agar pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa di Negeri Sembilan dapat dikurang dan berupaya dihapuskan,” katanya.

Aminuddin berharap, semua pihak termasuk usahawan dan golongan peniaga perlu sama-sama dalam memberikan kefahaman serta kesedaran bahawa rasuah dan salah guna kuasa boleh memudharatkan kita semua.

“Perbuatan rasuah bukan saja bertentangan dengan tuntutan agama, malah boleh memusnahkan diri dan masa depan kita,” katanya.

Sementara itu, Amirhamzah berkata, penganjuran bengkel berkenaan adalah antara usaha dilakukan DPMM membanteras salah guna kuasa disemua peringkat.

“Ini adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai seorang majikan dan warga binaan, suka atau tidak ahli DPMM perlu sama-sama berusaha membanteras amalan rasuah ini,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending