Connect with us

Terkini

Negeri Sembilan tidak kompromi isu penempatan haram

Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan penempatan haram.

Wartawan TMT

Published

on

Negeri Sembilan tidak kompromi isu penempatan haram
Foto: Datuk Seri Aminuddin Harun.
  • Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan penempatan haram.
  • Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata semua pihak termasuk agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), polis dan pihak berkuasa tempatan perlu ambil tindakan segera selain memantau semua kawasan berisiko memastikan kes tidak berulang.
  • “Kita tidak mahu ada lagi perkampungan seperti itu, yang sudah lama wujud baru nak ambil tindakan dan masa itu sudah susah untuk pindahkan mereka. Ini isu besar yang perlu dipandang serius.
  • “Ini menunjukkan bagaimana keselamatan negeri ini bila-bila masa mungkin boleh rosak, status tanah juga belum disemak sebab dibina di kawasan paya,” katanya.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang menceroboh tanah sama ada milik persendirian mahupun kerajaan untuk dijadikan penempatan haram.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata semua pihak termasuk agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), polis dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera selain memantau semua kawasan berisiko bagi memastikan kes tidak berulang.

“Saya sendiri terperanjat dengan berita itu dan saya tegaskan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Kita tidak mahu ada lagi perkampungan seperti itu, yang sudah lama wujud baru nak ambil tindakan dan masa itu sudah susah untuk pindahkan mereka. Ini isu besar yang perlu dipandang serius.

“Kalau ikutkan ini pertama kali berlaku tapi ia dah lama (wujud) dan tidak boleh dimaafkan.

“Ini menunjukkan bagaimana keselamatan negeri ini bila-bila masa mungkin boleh rosak, status tanah juga belum disemak sebab dibina di kawasan paya,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Khamis.

Semalam, JIMNS menahan 67 pendatang tanpa izin Indonesia terdiri daripada 11 lelaki dan 20 wanita dewasa, serta 36 kanak-kanak termasuk bayi berumur dua bulan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, dekat sini yang dipercayai beroperasi sejak lebih dua tahun.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang dilaporkan berkata hasil risikan mendapati penempatan berkenaan memiliki kemudahan ‘sekolah’ menggunakan silibus pendidikan negara jiran, malah turut dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik.

Jelasnya, anggota yang terlibat dalam operasi itu perlu berjalan kaki meredah kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer untuk sampai ke kawasan penempatan yang tidak rata dan berpaya, serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi penguat kuasa negeri selain meminta Majlis Keselamatan Negeri untuk mengambil tindakan proaktif membendung perkara itu.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending