Connect with us

Terkini

Tiada had bantuan kewangan ke IPT buat anak Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut pengajian tinggi (IPT) buat anak-anak di negeri itu.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada had bantuan kewangan ke IPT buat anak Negeri Sembilan
Foto: Datuk Seri Aminuddin Harun.
  • Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jika ditetapkan peruntukan, dibimbangi ada pelajar layak terima tetapi tidak dapat menikmati inisiatif sekali beri (one-off)  untuk menyambung pelajaran di IPT.
  • “Kami tidak ada peruntukan tertentu, berapa juga bilangan (penerima) layak mengikut syarat pendapatan akan kami berikan. Bergantung kepada jumlah anak-anak yang masuk ke universiti (IPT),  jika ramai masuk lebih besarlah peruntukan kami.
  • “Begitu juga di Yayasan Negeri Sembilan (YNS), bantuan komputer riba dan juga bantuan bulanan sara hidup sebanyak RM150 sebulan selama 12 bulan juga diberikan khas untuk anak-anak memerlukan supaya mereka tidak ada masalah di IPT,” katanya.

REMBAU: Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut pengajian tinggi (IPT) buat anak-anak di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sekiranya ditetapkan peruntukan tertentu, dibimbangi terdapat pelajar yang layak menerima tetapi tidak dapat menikmati inisiatif sekali beri (one-off) bagi menyambung pelajaran di IPT tersebut.

Menurut beliau, kaedah utama yang diguna pakai bagi kelayakan untuk menerima bantuan tersebut ialah pendapatan keluarga penerima adalah di bawah RM4,000.

“Kami tidak ada peruntukan tertentu, berapa juga bilangan (penerima) yang layak mengikut syarat pendapatan akan kami berikan. Bergantung kepada jumlah anak-anak yang masuk ke universiti (IPT),  jika ramai masuk lebih besarlah peruntukan kami.

“Begitu juga di Yayasan Negeri Sembilan (YNS), bantuan komputer riba dan juga bantuan bulanan sara hidup sebanyak RM150 sebulan selama 12 bulan juga diberikan khas untuk anak-anak memerlukan supaya mereka tidak ada masalah di IPT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Tingkatan 5 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan Karnival Keusahawanan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang layak menerusi Bantuan Kewangan ke IPT adalah sebanyak RM500 bagi peringkat sijil atau matrikulasi, diploma (RM 750) dan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PHD (RM 1,000) sekali beri.

Dalam pada itu, Aminuddin memuji usaha pihak pihak sekolah melatih pelajar mereka dalam bidang keusahawanan.

Menurut beliau lagi, penganjuran karnival keusahawanan boleh menjadi platform terbaik bagi pihak sekolah mengumpul dana bagi pembangunan aktiviti sekolah masing-masing.

“Oleh itu, saya harap agar masyarakat setempat dapat sama-sama menyokong aktiviti karnival keusahawanan sekolah walaupun mereka tiada anak belajar di sekolah tersebut, ia bagi menyumbang kepada pihak sekolah untuk penganjuran pelbagai aktiviti,” katanya.-UTUSAN.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending