Connect with us

Antarabangsa

Masanya untuk perangi Islamofobia secara serius di Kanada – Aktivis

Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.

Wartawan TMT

Published

on

Masanya untuk perangi Islamofobia secara serius di Kanada – Aktivis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.
  • Pengurus program pendidikan Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM), Aasiyah Khan berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan lembaga sekolah Peel District yang mengadaptasi strategi itu minggu lalu.
  • “Saya harap lembaga sekolah lain mengambil perhatian dan mengikuti jalan yang sama seperti yang dilakukan oleh Peel,” katanya percaya lembaga-lembaga sekolah di Kanada sedar ancaman Islamofobia adalah benar.
  • Bekas pengarah pendidikan Lembah Thames, Bill Tucker mengalu-alukan sebarang inisiatif bagi menjadikan pelajar Islam berasa selamat di sekolah.

KANADA – Sebuah lembaga sekolah di Ontario mengikuti nasihat badan kebangsaan yang menggesa lembaga sekolah di seluruh negara, termasuk di London, untuk mengadaptasi strategi memerangi Islamofobia.

Pengurus program pendidikan Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM), Aasiyah Khan berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan lembaga sekolah Peel District yang mengadaptasi strategi itu minggu lalu.

Lembaga sekolah Daerah Peel telah menunjukkan contoh yang luar biasa – sesuatu seperti ini adalah bersejarah.

“Saya harap lembaga sekolah lain mengambil perhatian dan mengikuti jalan yang sama seperti yang dilakukan oleh Peel,” katanya dipetik The London Free Press.

Kira-kira 25 peratus daripada populasi pelajar di daerah Peel adalah penganut Islam.

Khan percaya bahawa lembaga-lembaga sekolah di Kanada sedar ancaman Islamofobia adalah benar.

Aktivis itu berkata NCCM bekerjasama dengan lembaga sekolah Thames Valley berikutan kematian empat ahli keluarga Afzaal yang terbunuh dalam serangan trak bermotifkan kebencian di London pada 2021.

Bekas pengarah pendidikan Thames Valley, Bill Tucker berkata “ada keperluan sebenar.. untuk membasmi barah ini dalam masyarakat kita”.

“Sebarang inisiatif yang dibangunkan dan dilaksanakan untuk menjadikan pelajar Islam kita berasa selamat di sekolah dan kawasan kejiranan kita harus dialu-alukan dan dipuji,” katanya.

Pada Khamis lalu, sehari selepas strategi Peel diluluskan, Perdana Menteri Justin Trudeau menamakan peguam bela hak asasi manusia, Amira Elghawaby sebagai wakil khas pertama Kanada untuk memerangi Islamofobia.

“Kepelbagaian benar-benar adalah salah satu kekuatan terbesar Kanada, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, Islamofobia adalah terlalu biasa,” kata Trudeau dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Laporan baharu yang dikeluarkan Jumaat dari Islamic Relief Canada mengkaji kesan Islamofobia dalam pasaran buruh Kanada.

Lebih 67 peratus daripada 700 peserta berkata mereka pernah mengalami diskriminasi formal dan 84 peratus mengalami diskriminasi tidak formal di tempat kerja mereka, menurut laporan itu.

Sumber: The London Free Press

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending