Connect with us

Terkini

Kuasa autonomi Pesuruhjaya SUHAKAM mudahkan urusan berkaitan kanak-kanak

Kuasa autonomi diberikan kepada Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) membantu dalam memudahkan urusan menyelesaikan isu besar berkaitan kanak-kanak di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kuasa autonomi Pesuruhjaya SUHAKAM mudahkan urusan berkaitan kanak-kanak
Foto: Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad
  • Ia tidak terhad pada isu berkaitan jenayah dan pengabaian semata-mata, sebaliknya Pesuruhjaya Kanak-kanak dapat berikan fokus isu lain berkaitan kanak-kanak merangkumi pendidikan, perlindungan, pelarian, diskriminasi dan buruh membabitkan kelompok berkenaan. – Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad
  • “Ini bersesuaian Akta Kanak-kanak 2001 bertujuan melindungi hak dan kebajikan golongan berkenaan dan kita mahu melalui Pesuruhjaya ini nanti, penguatkuasaan akta dilaksanakan dengan lebih berkesan,” 
  • SUHAKAM tubuhkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) sebagai jabatan bebas bertanggungjawab memperkasakan dan melindungi hak kanak-kanak seperti termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

 

KUALA LUMPUR: Kuasa autonomi diberikan kepada Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) membantu dalam memudahkan urusan menyelesaikan isu besar berkaitan kanak-kanak di negara ini.

Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad, berkata ia tidak terhad kepada isu berkaitan jenayah dan pengabaian semata-mata, sebaliknya Pesuruhjaya Kanak-kanak dapat memberikan fokus isu lain berkaitan kanak-kanak merangkumi pendidikan, perlindungan, pelarian, diskriminasi dan buruh membabitkan kelompok berkenaan.

“Ini bersesuaian Akta Kanak-kanak 2001 yang bertujuan melindungi hak dan kebajikan golongan berkenaan dan kita mahu melalui Pesuruhjaya ini nanti, penguatkuasaan akta dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai SUHAKAM berkuat kuasa serta-merta, sebagai usaha menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kelompok itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelantikan pesuruhjaya itu sebagai satu cabang khas yang mempunyai autonomi di bawah SUHAKAM.

Dalam pada itu, Rahmat menjelaskan, dengan adanya Pesuruhjaya Kanak-kanak juga, masalah dan isu kanak-kanak yang membabitkan banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dapat dikoordinasi dengan lebih mudah.

“Ketika ini urusan kebajikan kanak-kanak ditadbir Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

“Untuk urusan sekolah tahfiz pula, ia di bawah Jabatan Agama Islam negeri dan isu pelarian di bawah Kementerian Dalam Negeri, ” katanya.

Mengulas lantikan itu juga, beliau percaya ia bertepatan perkembangan isu membabitkan kanak-kanak di negara ini dan ia juga sememangnya menepati hasrat SUHAKAM yang mahukan perhatian khusus diberikan dalam isu berkaitan hak kanak-kanak.

Malah, katanya, SUHAKAM menubuhkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) sebagai jabatan bebas yang bertanggungjawab memperkasakan dan melindungi hak kanak-kanak seperti termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

“Peranan utama pejabat itu adalah melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia semua kanak-kanak di bawah usia 18 tahun di seluruh Malaysia, tanpa mengira status mereka,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM yang memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak antara 2019 hingga 2022, Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal, mengakui dengan adanya Pesuruhjaya Kanak-kanak, semua urusan berkaitan kanak-kanak membabitkan banyak kementerian dapat dikoordinasi.

“Pesuruhjaya Kanak-kanak mempunyai autonomi memastikan penguat kuasa undang-undang dalam isu kanak-kanak dilaksanakan.

“Namun, ia tidak bermakna kuasanya melebihi kuasa polis yang ada,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending