Connect with us

Terkini

Dakwaan diskriminasi: Pekerja SUHAKAM tangguh piket pagi tadi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Kesatuan Sementara SUHAKAM, Elza Nadiah Shaik Sulaiman
  • Presiden Kesatuan Sementara SUHAKAM, Elza Nadiah Shaik Sulaiman berkata ia ekoran tindakan Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat yang menghubungi beliau dan memohon piket ditangguhkan supaya pihaknya boleh mengadakan perbincangan lanjut dengan SUHAKAM berkaitan isu dibangkitkannya.
  • Elza yang sudah 13 tahun bekerja di SUHAKAM berkata piket itu juga tidak dapat diteruskan kerana Setiausaha SUHAKAM, Altaf Deviyati telah mengeluarkan e-mel dalaman kepada semua pekerja semalam agar pekerja tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menjejaskan misi atau menggugat suasana kerja positif.
  • “Bagi saya e-mel Setiausaha Suhakam ini menjejaskan hak pekerja untuk menyuarakan pendapat dan sudah semestinya pekerja berasa takut dan bimbang untuk sertai piket. Jadi saya tak boleh salahkan pekerja jika tak turun piket,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.
  • Mengulas kenyataan SUHAKAM semalam, Elza menegaskan sehingga pagi tadi tiada mana-mana pihak atasan yang memanggil pihaknya untuk berbincang berkenaan piket yang dirancang diadakan hari ini, sedangkan rancangan itu sudah diketahui sejak 31 Disember lalu.

KUALA LUMPUR — Piket 1.0 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tindas Hak Pekerja yang dirancang diadakan pagi tadi di hadapan Menara TH Perdana di sini terpaksa ditangguhkan.

Presiden Kesatuan Sementara SUHAKAM, Elza Nadiah Shaik Sulaiman berkata ia ekoran tindakan Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat yang menghubungi beliau dan memohon piket ditangguhkan supaya pihaknya boleh mengadakan perbincangan lanjut dengan SUHAKAM berkaitan isu dibangkitkannya.

Elza yang sudah 13 tahun bekerja di SUHAKAM berkata piket itu juga tidak dapat diteruskan kerana Setiausaha SUHAKAM, Altaf Deviyati telah mengeluarkan e-mel dalaman kepada semua pekerja semalam agar pekerja tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menjejaskan misi atau menggugat suasana kerja positif.

“Bagi saya e-mel Setiausaha Suhakam ini menjejaskan hak pekerja untuk menyuarakan pendapat dan sudah semestinya pekerja berasa takut dan bimbang untuk sertai piket. Jadi saya tak boleh salahkan pekerja jika tak turun piket,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

 

Foto: Tiada sebarang aktiviti perhimpunan atau piket membabitkan kakitangan SUHAKAM di hadapan Menara TH Perdana, pagi tadi.

Perkembangan itu susulan kenyataan SUHAKAM semalam yang dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata bahawa pihaknya terbuka kepada perbincangan terutamanya tentang cara terbaik untuk menjaga kepentingan pekerja suruhanjaya itu dan kekal tidak berbelah bahagi dalam komitmen memupuk persekitaran kerja yang positif dan kolaboratif.

Elza sebelum ini dalam undangan media bertarikh 8 Januari 2025 (Rabu) menyatakan bahawa pagi ini Kesatuan Pekerja-Pekerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (KPPSHM) akan mengadakan piket berkenaan untuk membantah amalan diskriminasi dan tatakelola buruk yang didakwa diamalkan SUHAKAM dalam isu-isu meruncing melibatkan pekerja.

Menurut pekerja SUHAKAM itu, piket berkenaan bertujuan membantah tiga isu didakwa berlaku dalam suruhanjaya berkenaan iaitu bantahan terhadap kenaikan gaji tiga Timbalan Setiausaha sedangkan perjawatan lain dinafikan kenaikan gaji; bantahan sistem penilaian prestasi pegawai yang berbeza antara Timbalan Setiausaha dengan perjawatan lain dan dinafikan hak untuk mendapatkan kenaikan gaji berdasarkan Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Walaupun kita semua sedia maklum (tiga) Timbalan Setiausaha ni dah naik gaji pada bulan Mac 2024 tetapi tak dimaklumkan bila kami ni nak naik gaji juga. 

“Lepas tu sistem penilaian yang berbeza antara Timbalan Setiausaha dengan jawatan-jawatan lain pun tak dimaklumkan kepada kami kenapa keadaan itu berlaku tak telus…Cara yang saya tanya adalah melalui email, melalui mesyuarat (pada tahun lalu)… Rakan-rakan lain pun ada email, ada tanya tentang tiga isu ni. 

Kalau isu SSPA ni kita dah tanya daripada bulan 10 (atau) 11 daripada tahun lepas tapi macam leka, macam tak buat apa-apa sedangkan Perdana Menteri dah umum pada bulan 10,” katanya.

Mengulas kenyataan SUHAKAM semalam, Elza menegaskan sehingga pagi tadi tiada mana-mana pihak atasan yang memanggil pihaknya untuk berbincang berkenaan piket yang dirancang diadakan hari ini, sedangkan ia sudah diketahui sejak 31 Disember lalu.

“Walaupun kenyataan media menyebut bahawa Suhakam terbuka, malangnya sehingga pagi ini tiada mana-mana pihak dalam pengurusan Suhakam memanggil diri saya untuk berbincang. 

“Saya boleh buat lebih daripada ini sebenarnya… Jangan nak menipu dengan media statement tersebut. 

“Sebenarnya saya nak bagitau, semua staff dah tahu, pada 31 Disember cadangan saya untuk buat piket (tapi tiada pihak atasan yang menemui dia untuk berbincang),” katanya yang berhasrat menubuhkan kesatuan secara rasmi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *