Connect with us

Terkini

KKM ambil langkah advokasi pastikan ‘tiger pod’ tidak berleluasa

KKM terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan..

Wartawan TMT

Published

on

KKM ambil langkah advokasi pastikan ‘tiger pod’ tidak berleluasa
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • “Perkara itu sangat membimbangkan kerana direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk gunakannya, produk tersebut menggunakan cecair bernikotin yang penjualannya dikawal bawah Akta Racun 1952.” – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa
  • “Pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Jualan Dadah 1952.” 
  • “Penyelesaian terhadap penjualan produk bahayakan kesihatan generasi muda seperti ‘Tiger Pod’, memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan bagi memastikan pendidikan berkaitan bahaya merokok disebarkan secara meluas kepada masyarakat.

Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata, ini kerana KKM mengambil berat dan kesal berhubung isu penjualan produk rokok elektronik atau vape di hadapan sebuah sekolah yang tular baru-baru ini.

Beliau berkata, KKM juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan rokok elektronik atau vape yang menyerupai permainan kanak-kanak atau ‘Tiger Pod’ yang kini semakin berleluasa.

“Perkara itu sangat membimbangkan kerana produk itu direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya, malah produk vape tersebut menggunakan cecair bernikotin yang penjualannya dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dibawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Jualan Dadah 1952,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair rokok elektronik atau vape, beliau berkata peruntukan tersebut telah dimasukkan di bawah Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang bertujuan mengawal selia penghasilan produk tersebut.

“Ia telah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Ogos 2022 dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini,” katanya.

Selain itu, Dr Zaliha berkata, penyelesaian terhadap penjualan produk yang membahayakan kesihatan generasi muda seperti ‘Tiger Pod’, memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan yang lain.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa pengusaha-pengusaha vape haruslah mengambil sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dalam menghasilkan produk mereka. Ibu-bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending