Connect with us

Terkini

Ketua kumpulan Hindu sokong LGBT di India

Pemimpin kumpulan Hindu tampil menyokong komuniti gay dan transgender, beberapa hari sebelum kerajaan India memberi maklum balas berkaitan petisyen membenarkan perkahwinan sejenis kepada Mahkamah Agung.

Published

on

Ketua kumpulan Hindu sokong LGBT di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • India menyahjenayah homoseksual apabila ia membatalkan larangan terhadap hubungan gay pada 2018 dan era Perdana Menteri Narendra Modi pada masa lalu juga melarang perkahwinan sejenis.
  • Bagaimanapun, Ketua Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat berkata komuniti LGBT perlu diberi ruang peribadi dan sosial.
  • “Ini kerana mereka adalah manusia dan mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain,” katanya yang memetik kitab suci dan mitologi Hindu sebagai asas sokongannya.

 

NEW DELHI – Pemimpin kumpulan Hindu tampil menyokong komuniti gay dan transgender, beberapa hari sebelum kerajaan India memberi maklum balas berkaitan petisyen membenarkan perkahwinan sejenis kepada Mahkamah Agung.

India menyahjenayahkan homoseksual apabila ia membatalkan larangan terhadap hubungan gay pada 2018.

Kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi pada masa lalu enggan membenarkan perkahwinan sejenis.

Bagaimanapun, Ketua Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat berkata komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu diberi ruang peribadi dan sosial.

“Ini kerana mereka adalah manusia dan mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain.

“Tanpa banyak hullabaloo, kami telah menemui jalan dengan pendekatan berperikemanusiaan untuk memberikan mereka penerimaan sosial,” katanya yang memetik kitab suci dan mitologi Hindu sebagai asas sokongannya.

RSS ditubuhkan pada 1925, dianggarkan mempunyai berjuta-juta ahli aktif di seluruh India dan luar negara. 

Bulan ini, Mahkamah Agung India mula mendengar petisyen untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Ia susulan empat pasangan gay menyatakan bahawa tanpa pengiktirafan undang-undang, mereka tidak boleh mendapat akses kepada hak perubatan, pencen, anak angkat atau juga keahlian kelab. 

 

Sumber: Reuters

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author